Wednesday, July 7, 2010

.: Hormati jiran tetangga

Selamat pagi..bertemu sekali lagi dalam blog yang indah ini. hehehe...

Tajuk hari ni memang sangat tak sesuai jika saya yg mengupasnya, kerana saya cuma berbaik-baik, hulur menghulur dan gossip bergossip dengan jiran setangga saya Pn Halen saja. Apa nak buat, dah jiran tuuu saja yg sudi memanjangkan teguran dari Hi..  jadi Apa kabor?...masak apa malam ni.... tak ke mana-mana ke?... ko dengar bunyi aku dgr semalam?...dan macam2 lagi soalan icebreaking.

Jiran setangga yg lain maintain mengekalkan budaya ketimuran dan sifat kemalu-maluan antara satu sama lain. Masalahnya, jiran tangga depan saya boleh pulak lepak-lepak bersama sambil mengumpatkan anak masing-masing.. sampai dah tak ada isu nak dibualkan, kami bualkan juga isu jenama diapers yg dipakaikan untuk anak-anak masing-masing. Ada juga sekali sekala terbit isu masalah negara yg serius. Agak jarang pula dibualkan pasal hal rumahtangga orang lain. Yang ni, saya memang respect lah.

Saya ni sebenarnya agak friendly bila saya nampak orang friendly. Tapi kalau orang nampak tak nak friendly, saya pun mula lah melontarkan dialog dalam hati, "ada aku kesah??" Kalau saya lontarkan dialog tadi kuat-kuat, nanti saya akan dicop pula sebagai skizo, atau bermasalah jiwa dan sebagainya.

Saya ada jiran baru sekarang kat atas rumah saya setelah beberapa bulan tak berpenghuni. Dengan adanya jiran baru ini, sekurang-kurangnya, jika terdengar bunyi-bunyi yang pelik tu, boleh lah saya buat-buat tanya "ketuk apa la jiran atas ni?" Kalau dulu, kalau terdengar bunyi kat atas tu, saya terpaksa menidakkan ia, dan meyakinkan diri saya bahwa bunyi tu dtg dari jiran bawah atau jiran sebelah je. hehehe...

Bila dah ada jiran baru ni, makanya, parking lot sebelah parking Livina saya tu sudah berpunya la. Selama ni, parking lot tu selalu diisi oleh ramai jiran-jiran yg lain, kiranya sapa cepat dia dapat la. Rasanya, agak obvious juga kehadiran jiran baru saya tu. Agak mustahil jika orang masih tak tahu, parking lot tu dah bertuan. Tapi masih ada juga yg parking kat situ. Makanya, tuan punya parking pun memblokkan kereta tersebut. Dia gi parking belakang kereta yg park kat parking lot dia. Sebagai jiran yang tidak berat sebelah, kerana berat badan saya sekata, saya tak boleh nak salahkan atau menangkan tindakan tuan punya lot tersebut. Kerana, memblok kereta jiran itu satu tindakan yg tak wajar...walaupun jiran tersebut mencabul parking lotnya. Tapi, mungkin juga tuan punya lot parking tu tak ada pilihan lain sebab semua parking penuh? Masalahnya, setiap rumah dah diberi parking lot masing-masing. Kenapa masih nak parking kat lot orang lain? Ye, anda jgn pula sangka suka menyibuk masalah jiran tetangga. Saya jadi sibuk ni sebab masalah ni juga tempias pada saya sedikit sebanyak. Kerana, jiran baru saya tu punya kereta agak panjang. Bila dia blok kereta yg park kat lot dia, punggung kereta dia yg panjang tu terjuih juga sikit kat kawasan saya. Jadi, bila nak undur, terpaksa la suami saya menyenggengkan sikit punggung Livina kami yg juga agak lebar itu supaya tidak tercium punggung kereta jiran baru saya tadi. Nasib baik suami saya cool saja walaupun nampak juga terkewar-kewar ketiak dia nak memulas stereng.

Hmm..masalah lagi satu, satu rumah cuma ada satu lot parking. Sedangkan satu rumah pula ada 2, 3 biji kereta. Yang ni, kena pandai-pandailah, kalau ada 2 kereta, tak ada salahnya kereta lagi satu tu dipark kat tempat yg tidak mengganggu orang ramai. Bukan kat tengah-tengah balai, depan tangga nak masuk kuarters. Orang nak masuk pun susah. Kalau time tengahari tu ok la, orang tak sibuk. Tapi, time petang, time pagi dan time malam, dimana kereta semua dh bersusun, awak tambah lagi dengan kereta awak kat depan-depan tangga tu...tak ke menyusahkan orang???

Heheh..emosi jap.

Mungkin tajuk di atas perlu ditukar menjadi.."Hormati jiran tetangga: dari sudut parking kereta"

2 comments:

  1. haaaa.. bab ni aku setuju sgt2 dh tau ada 10 biji kete pandai2 la susun. wpun xde lg kete yg blok belakang punggung myvi tp bila kete parking kt depan tangga ni rasa pok pok je.
    mlm ahad aritu aku blk dr kg dh la bw beg bsr sabau je la klu tkena sidemirrow tu. xde tmpt dh nk menyelit huhu..

    ReplyDelete
  2. a'ah..memang...nak lalu tepi longkang, motor dah blok. Kat tengah tu ada kereta, ada tiang lagi. Untuk orang2 kurus dan kecik tanpa extra muatan ok le kot??

    ReplyDelete