Thursday, July 15, 2010

.: Hormati jiran tetangga [Part 2]

Hidup berjiran ni adalah suatu perkara yg agak besar. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w pernah mengajarkan tatacara dan adab-adab berjiran, hak-hak jiran dan panduan memilih kejiranan. Hehehe...

Memandangkan saya tinggal di kuarters, eloklah saya kupas isu ini dari sudut kaca mata saya tentang kehidupan di kuarters.

Saya suka tinggal di kuarters. Sebab saya dapat jiran segera. Maksudnya, jiran-jiran saya adalah rakan-rakan sekerja juga. Sekurang-kurangnya, jiran-jiran saya adalah dikalangan pensyarah-pensyarah seperti saya juga. Ye lah, bila kita berjiran dengan orang kerja macam kita, kita boleh agak jugalah taraf pemikiran, taraf kehidupan dan juga kaedah nak bergaul mcm mana ye. Kalau tinggal di perumahan, jiran-jiran yg mungkin duk bersebelah dengan kita belum tentu lagi mcm mana gaya hidup, bergantung juga dgn jenis kediaman yg kita dudk pula, samada mampu milik, mewah dan sebagainya. Kalau rumah kos rendah, saya mungkin tak suka kot, sebab, bila kos rendah, ia mampu dimiliki oleh sesiapa saja dari pelbagai latar kehidupan. Bukan niat untuk berburuk sangka, tapi kalau boleh kita tak nak anak-anak kita membesar di kejiranan yg disewa oleh mat-mat indon dan bangla kan?

Dalam pada hidup berjiran ni, kita mesti saling hormat menghormati sesama jiran. (sungguh stereotype ayat saya ni).

Contohnya di kuarters ni, kontraktor yg buat balkoni ni punya lah cerdik buat corong keluar air pendek kementot. Jadi, kalau jiran atas membasuh, komfom masuk umah jiran bawah. Buatnya dia tengah jemur carpet ke, tikar ke, telekung semayang ke, tak ke kesian? Bukan apa, kat kuarters saya ni kadang-kadang ada juga orang yg basuh kain dgn washing machine kat balkoni tu. Sesetengahnya buat extension corong tu supaya air terjun jauh sikit. Yg tak buat extension tu yg bikin panassss. So, kaedah terbaik, buat lah corong anda sendiri supaya air anda terjun jauh-jauh dari masuk rumah orang. Yg rajin nak membasuh balkoni sampai terpercik rumah jiran tu, apa kata lepas anda basuh balkoni rumah anda, anda turun pulak basuh rumah jiran-jiran bawah anda.

Satu lagi, kes kebersihan depan rumah. (sedapnya aku membelasah kes ni, rumah aku pun selamba je berselut lepas hujan). Heheh... kalau boleh, depan rumah kita tu hias la cantek-cantek, biar menggamit mata memandang.... hehehe. ramai jiran tetangga yg bypass depan rumah kita. Kalau keadaan depan rumah kita macam tak terurus, ia boleh turut menyumbang kepada kekusutan fikiran jiran yg memandang. (alin, aku tak kata kau...hehe...umah ko cantek , ada life jaket lagi kat tangga depan tu hehehe) Rumah saya, kadan-kadang sgt cantek bak taman flora plastik. Namun kadang-kadang taman tu terabai dilanda badai ribut, bikin malas nk menengoknya. Tapi, saya cuba perbaiki ye.

Haa...yg last but not least, isu parking! Oh, isu ni boleh bawak bergaduh tarik rambut punya lah. tambah-tambah lagi sekarang ni orang dah boleh beli parking sampai 2 kereta untuk satu rumah. Amboi, ada duit semua beres. Biarlah orang lain berebut-rebut bersumpah seranah dek kerana tak ada parking, asalkan kereta-kereta kita selamat berparking. So, kepada mereka yg nak menyelamatkan parking masing-masing dari kena jual, sila bayar parking masing-masing ye. Nombor yg bercat di parking anda tu sudah tak ada maknanya lagi. Anytime boleh dicat nombor rumah orang lain. masa tu, anda semua boleh lah fikirkan parking mana anda nak beli untuk park kereta anda tersebut.

Hmm..pasal parking ni, ada lah seorang kawan saya ni. Dulu dia memegang jawatan yg tinggi dalam kelab yg menjaga kebajikan staf kat sini. Masa zaman dia pegang kelab tu, dia ni kiranya banyak gak berjasa. Kalau tak ada dia, macam tak hidup lah suasana apa-apa program. Dia juga lah orang yg saya tgk sangat sibuk sekali mengagih-agihkan parking berbumbung pada rakan-rakan masa parking mula nak berbumbung dulu. Sekarang ni, saya sgt pelik kenapa dia sedang berebut parking dengan sorang staff wanita. Kenapa pada masa dulu dia tak setelkan siap-siap dia punya parking? Punyalah dia sibuk selesaikan masalah orang, sampai sendiri punya parking boleh tak ada.... haruuuu....

Staf wanita tersebut pula, selama ni dia selamat parking kt tempat lain, kenapa tiba-tiba dia dtg nk tuntut parking kawan saya tadi? Mungkin dia pun selama ni parking kat tempat orang lain, dan orang lain tersebut telah beli sebuah kereta, dan mahukan parkingnya? Ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Apa-apa pun, sekiranya terjadi konflik seperti di atas, kita haruslah menyelesaikan dengan cara yg elok. jangan jadi macam cerita dalam 'Hormati jiran tetangga' part 1 yg telah saya post kan pada edisi lepas. (hehehe). Iaitu dengan memblok kereta jiran kita yg park kat lot kita. Sebelum tu, sila pastikan kita dah bayar parking tersebut. Sekian.

2 comments:

  1. wahhh pedas nya komen ko kali ni mcm terkena plk kt batang idung aku haha.. diakui pemandangan depan umah aku mmg tidak secantik umah ko yg ada taman2 munger. dengan kasut2 buruk yg tak terpakai dengan life jaket pkk semua menyemak je kt depan tu. tambah plk skang ni musim hujan lg la bertambah kotor huhu..

    nnt la ko tunggu aku buat taman munger ngan kolam ikan yer tp x tau la bila hahaha. angan2 konon..

    ReplyDelete
  2. alahai jiranku... kena batang idung ko pulak..sib baik idung ko mancung macam idung aku jugak..akakak..umah aku pun tak semenggah skrg ni. hehehe...sama serupa. tunggu musim hujan stop.

    ReplyDelete