Thursday, July 8, 2010

.: Hati-hati dgn Produk 'PERMATA HIJRAH'

Selamat Pagi, selamat sejahtera tuan-tuan dan puan-puan para pembaca semua..(gaya motivator terkenal..hehe)

Pagi ni, saya ingin berkongsi pengalaman saya yg mungkin berguna untuk mereka yg meng'google' pasal produk ni.

Mula mengguna produk
Lebih kurang sebulan yg lalu, saya telah menggunakan produk Permata Hijrah iaitu "toner resdung" dan "pewangi resdung"...nama dia lebih kurang gitu ler. botol kecik macam ubat titis mata gitu. Ubat tu ubat titis dalam hidung.

Bersin-bersin
Sebaik saja guna ubat titis tu, saya mengalami bersin-bersin dan running-nose yg agak teruk. Hidung ni asyik berhingus je, tak berhenti. Especially malam dan pagi, dan dalam aircond kat ofis. Malam yg teruk tu, hidung saya terus tersumbat, nafas ikut mulut je lah.

Sangkaan Saya
Pada mulanya, saya sangka itu adalah cara detox dia. Nak keluarkan habis dulu semua resdung-resdung ni. Jadi, saya tak lah panik sangat. Biarlah keluar habis semua gejala2 tu. Saya teruskan juga titis ubat tu dalam hidung. Namun, keadaan hidung saya semakin teruk, sampai saya tak boleh khusyuk solat. Asyik bersin saja. Perkara ni berlarutan sampai dekat sebulan. Saya dah stop selepas minggu ke dua guna ubat tu. Sebab tak ada berkurang pun sakitnya.

Jumpa Doktor
Walaupun dah berhenti guna produk permata hijrah, saya masih lagi hidung berair, bersin-bersin dan tersumbat. Lalu, suami saya telah meminta nasihat doktor. Doktor Khatijah dari Klinik Aslam telah bagi saya Oxy-nasal dan juga ubat allergy. Katanya, saya allergy pada kandungan ubat Permata Hijrah. Baru saya teringat, toner Permata Hijrah tu mengandungi oyster (tiram). So, patut ler..... saya ni memang tak makan seafood. Bukan ker orang resdung memang alah dengan seafood ke??

Makin lega
Selepas saya makan ubat doktor Khadijah bagi dan guna Oxy-nasal drop tu, baru lah semalam saya dah mula berhenti bersin-bersin. Pagi tadi saya solat Subuh dengan amannya. Sekarang, saya dah tak perlu nak sumbat tisu dalam hidung lagi..heheheh....boleh lah saya puasa dengan senang. Haih..kenapa la saya tak bgtau doktor khatijah masalah saya ni awal-awal lagi.....?

Moral of the story
Produk Permata Hijrah ni agak kontroversi sebenarnya. Sebab ada orang serasi dan dengan izin Allah telah sembuh (ini yg saya baca dalam testimonial dlm internet). Saya belum pernah lagi jumpa kawan saya sendiri yg telah sembuh setelah guna produk ni. Saya sendiri pula, nasib baik tak ropong hidung..heheheh.
Saya rasa, punca kontroversi ni datang dari company Permata Hijrah ni sendiri. Sepatutnya lah, dia kena bg amaran lah, apa perlu dibuat sekiranya berlaku komplikasi pada pengguna. Dan dia patut bagi amaran untuk sebarang alahan. Lagi satu, orang yg jual produk permata hijrah ni bukannya ada sijil pengiktirafan sebagai pengamal perubatan ke apa. Stokis Permata Hijrah yg saya kunjungi tu cuma dijaga oleh seorang staf yg merupakan bekas pekajar saya, fresh graduate Diploma dari Politeknik, bidang komputer!! Apa kaitannya?? memang tak pernah berkursus langsung dalam bidang ni. Macam org jaga kedai runcit je lah kan, maksudnya, tidak diiktiraf untuk bg konsultasi pun.
So, kalau anda nak guna, guna lah atas risiko sendiri. Tawakkal je lah...

5 comments:

  1. Farah, mmg betul pun kata ko pasal produk permata hijrah ni..hari tu suami aku pakai yg titis dalam telinga tu..bunyi mcm meletup2 dalam telinga..bila bercerita dengan doktor, dia tak bagi pakai dah sebab katanya dalam ubat titis tu ada letak asid skit..patut lah rase mcm meletup2 tu...wallahuaa'lam...

    ReplyDelete
  2. Rasanya yang bunyi mcm meletup2 dalam telinga tu hydrogen peroxide, bukan asid.

    ReplyDelete
  3. Rasanya yang bunyi mcm meletup2 dalam telinga tu hydrogen peroxide, bukan asid.

    ReplyDelete
  4. Macm maner tu doc.. Cap kaki tiga kut.alai hai... Berat pesakit pekak lah kene asid

    ReplyDelete
  5. Macm maner tu doc.. Cap kaki tiga kut.alai hai... Berat pesakit pekak lah kene asid

    ReplyDelete