Monday, July 19, 2010

.: Happy Birthday untuk saya sendiri...

Pada 17 Julai yg lalu, (2 hari lepas), saya telah genap 28 tahun. Alhamdulillah, masih mengekalkan angka 2 di hadapan. Digit belakang tetap bertambah.

Saya telah menerima sekeping kad ucapan hari jadi dari babah, wafiy dan maryam. So sweet. Kad yg lucu, dan kelakar juga, tapi amat bermakna. Terima kasih ye En Siddiq bersusah payah lukis bunga dalam kad tu.

En Siddiq telah bawa saya dan anak-anak saya bersama beliau ke Taman Likas. Kat Likas ni best. Susana sangat tenang. Ada tasik yg cantek dihiasi landskap terjaga rapi. Ada taman permainan. Yang bestnya, masa pergi hari Sabtu tu, tak ada orang. So, tak lah berebut-rebut. Wafiy dgn maryam punya lah enjoy. Si genit maryam puas tawaf taman tu sorang-sorang. Suka main gelungsur. SI wafiy suka main panjat-panjat, main buaian. Maryam tak suka buaian pulak, Dia lagi suka panjat gelungsur, terjuuuuuunnn. Diorg yg main, tapi saya yg penat. Kalau di taman permainan kat politeknik, maryam ni suka ikut lari-lari dgn abang-abang dan kakak-kakak yg dah 4, 5 tahun tu. Dia yg kecik sekali. Risau takut kena rempuh. tapi dia bawa diri je. Wafiy lebih suka berada lebih hampir dengan saya. Begitu lah anak-anak saya yg lain ragam masing-masing.

Apa hadiah birthday saya. Saya akan menghadiahkan diri saya sendiri sebotol minyak wangi..sebba minyak wangi saya yg dah sebaya dengan wafiy tu dh hampir habis. Hmm..patut kah saya mengekalkan haruman yg saya pakai sekarang, atau cuba haruman baru, atau beli haruman yg pernah saya pakai sebelum ni?

Minyak wangi sekarang : Versace Bright Crystal (botol diamond , pink)
Minyak wangi sebelum ni: GUCCI Rush 2 (botol macam kaset, warna merah)
Minyak wangi yg ingin dicuba: Tak tahu lagi.

Lepas tu, bawa Maryam dan Wafiy ke kolam renang pula. Tapi, mama tak bawa seluar renang wafiy. So tengok saja lah abang-abang duk mandi.

2 comments:

  1. owhhh happy belated birthday farah.. x tau plk so terlambat wish hehe.. hadiah? xde la kan dh besar ekekeke.

    minyak wangi cuba try ralph lauren or jlo best jgk bau2 dia.. :)

    ReplyDelete
  2. rasanya..i nak setia dgn yg pernah dipakai..hehehe... lagipun, tak ramai pakai minyak wangi tu..lain sikit.

    ReplyDelete