Tuesday, July 6, 2010

.: Dialog Mama dan Wafiy

Sekembali dari Family Day di Karambunai Lagoon, di mana Wafiy meenjerit taknak dan taknak mandi laut...

 Mama: Kenapa tadi wafiy taknak mandi kat pantai? (dengan gaya ala-ala kaunselor)
 Wafiy: Wafiy takut.... (dengan muka tak bersalah ala Nobita)
 Mama: Takut apa? (sambil pura-pura tengok ke lain supaya perbualan lebih santai)
 Wafiy: Wafiy takut ikan makan kaki wafiy..nanti berdarah..kena masuk hospital... (mulutnya sedikit   muncung dan sedang leka bermain mainan)

Semasa Babah ingin parking kereta di depan Jesselton Point, nak ke jeti untuk naik bot ke Pulau Manukan.
Mama di seat belakang meriba Maryam, wafiy pula kat atas car seat dgn excitednya sebab dah nampak kapal-kapal berlabuh.
  Mama: Babah, tak payah parking sini, kena lintas jalan, takut nanti kereta banyak tengahari nanti, susah nak lintas. (sambil mama kerut-kerutkan dahi untuk nampak lebih serius)
Belum sempat babah jawab, wafiy terus jawabkan...(dalam slang Sabah)
 Wafiy: Mama, tak boleh takut tu... mesti kena berani. Wafiy tak takut!!
Hehehe...amboi menjawab..tunggu kau... Dengan muka sedikit tebal kena tempelak, mama maintain cool... lalu menjawab..
 Mama: A'ah..mesti kena berani kan. Lepas ni boleh lah kita semua mandi kat pantai dengan ikan-ikan..kan??
Sambil tersenyum simpul, dan mula memalingkan muka ke lain sambil buat-buat excited...padahal tebal jugak
 Wafiy: Ha..yang tu tak payah laaaa.... Bahaye...

Pulak....

2 comments:

  1. bdk2 zaman skang mmg pandai berfikir. kita ckp camtu ada je diaorg menjawab.. :)

    ReplyDelete