Friday, July 9, 2010

.: Dah selamaat...

Sejak 2,3 hari lepas, Wafiy selsema. Pagi-pagi, hidung dia tersumbat. Babah dah bawa ke klinik jumpa Dr Khatijah. Dr Khatijah bagi Cetrizine. Nampak semalam dah makin ok hidung dia.

So, pagi tadi, bangun saja dari tidur, Wafiy testing hidung dia dengan muka yang masih mamai-mamai lagi. Dia sedut-sedut hidung dia..wah..dah tak tersumbat..agaknya itu lah yg dia fikir. Muka mamai tadi berubah menjadi muka excited dan tersenyum pulak..seraya berkata..
   "Mama...hidung wafiy dah selamat.."

EErk! Lawak pula anak saya ni. Saya minta maaf lah ye, saya ketawa la jugak, walaupun saya tahu itu agak memalukan anak saya. Tapi si wafiy ni macam boleh rasa yang ayat yang baru dibina sebentar tadi berbunyi agak pelik. Dengan muka pelik, mata dia mula naik ke atas gaya orang berpikir... Dia pun tersengih sendiri tapi tak terkata....

Babah datang..mama bagitau babah apa yang terjadi. Tapi, babah cover wafiy... babah cakap
"O...dah selamat ye? Baguslah... Hidung dah OK..."

"Ha....hidung wafiy dah OK!" kata wafiy. Agaknya dia rasa ayat babah tu lagi best dari ayat dia. Hehehe....

1 comment: