Tuesday, July 13, 2010

.: Anugerah Staf Contoh PKK

Syukur Alhamdulillah... (baca dengan gaya orang menang anugerah bintang popular)... Setelah 4 tahun saya di PKK, merasa lah jugak saya dapat anugerah staff contoh PKK pada perhimpunan bulanan yang lalu 9 Julai 2010.

Nasib baik saya tak ponteng perhimpunan tersebut. hehe... Dan ada bagus jugak lah saya belum berpindah lagi. Ketua Jabatan saya mengutuskan ucapan tahniah kepada saya. Bukan beliau ke yang pilih saya bersama seorang lagi staff pria di jabatan saya ini?? Apa pun, terima kasih kepada beliau, ketua-ketua program, dan semua rakan-rakan sejabatan khususnya dan sepoliteknik am nya. (sekali lagi, baca dengan gaya orang menang anugerah bintang popular) Saya sungguh terharu, berbangga, bersyukur dan rasa dihargai....walaupun anugerah ini tidak datang bersama RM1000 dan trofi seperti yang En Norashady terima tempoh hari, tapi, saya dah sangat bersyukur.

Semasa slot penyampaian anugerah tersebut (hmm..satu slot ringkas je, dekat-dekat nak abis perhimpunan pun), saya sempat berseloroh dengan rakan sebelah kerusi saya, Pn Diyana yg sedang hamil 6 bulan. Saya kata pada beliau "Tn Haji ni, kalau dia tak bagi kat saya anugerah staf contoh, saya merajuk je lah..hehe".
Nah...tiba-tiba, nama saya naik daa....... saya mcam tak percaya..tapi saya bangun jugak... dengan cepat-cepat saya turun tangga (sebab kerusi saya lebih tinggi dari Pengarah ,mcm lecture hall tu), masih mengharap saya tak salah dengar. Saya mendapatkan Tuan Pengarah yg sudah hampir separuh botak di depan rambut nya (banyak fikir)... Tuan Pengarah (yg hampir botak separuh itu) mengucapkan tahniah dengan senyuman ala Dato'.... saya cakap "terima kasih.." tapi masih tak percaya, saya jeling pada sijil yg ter'frame' cantik di tangan saya. Aikkk?? Mana nama saya ni? Komfem ke saya ni?? Apsal dia tulis Certificate of Appreciation to CNI (M) Sdn Bhd???? At Promenade Hotel lagi???? Walaupun sedikit kaget, saya stay cool, sebab tak ada pun orang gelakkan saya. SO, betul la kot saya dapat anugerah ni. Bila dah naik tempat duduk saya, saya cek dengan member sebelah, Kak Leen (nama panggilan manja), yg juga dapat anugerah tersebut...lerr..rupa-rupanya memang dia bagi sijil replika saja dulu. Jadi, memang sah la saya dapat anugerah tersebut. hehe....

Jadi, saya telah membalas utusan tahniah KJ saya tersebut dengan ucapan terima kasih....bla bla bla..Di dalam surat tersebut, saya baggitau, "saya akan menyumbang dengan lebih bersemangat lagi untuk jabatn dan politeknik", sebab dalam emel beliau sebelum tu, beliau berharap begitu. Hmm..dan di akhir emel tersebut...saya berfikir juga untuk menambah..."walaupun permohnan pindah saya telah dibekukan sehingga tarikh yg saya tak pasti".....hehehe.... namun, saya tidak pula tambah. Biarlah hanya dihati dan fikiran sahaja...

1 comment:

  1. congratz.. :) at least ada juga hasil yg dibawa dari poli kk sblm berangkat yer.

    ReplyDelete