Friday, July 23, 2010

.: Allah menguji kita sesuai kemampuan

Salam ceria semua...salam Jumaat yg berbahgie...

Sempena hari Jumaat ini, suka untuk saya menulis satu peringatan untuk diri saya sendiri.

Setiap hari, setiap jam yg dilalui, kita tidak sunyi dari ujian Nya. Lagikan sebagai pelajar sentiasa ada Quiz, ada Test..pensyarah pun selalu kena nilai, kena audit...

Ujian yang diberikan ke atas kita kadangkala kita lalui tanpa terkesan di hati..namun adakala ujiannya bisa menggoyahkan iman yg setipis kulit bawang ini.

Kadangkala, ujian yg diberikanNya terasa sungguh berat dan seksa, sehingga ada yg sanggup mengakhirinya dengan tindakan kurang waras seperti membunuh diri (bagi kes putus cinta, hutang along), atau menuntut cerai (kes rumahtangga, poligami, suami lupa birthday isteri..hehehe), atau melakukan kegiatan syirik.

Setiap Ujian ada jawapannya. Begitu juga ujian dari Allah s.w.t. Cuma kita yang perlu mencari jawapannya. Jawapan pada setiap persoalan Ujian tersebut akan bergantung pada iman, ilmu dan amal kita.

Sekiranya goyah iman, cetek ilmu dan kurang amal, maka jawapan yg kita berikan pasti ada ruang untuk dipotong markahnya.

Hadapilah setiap ujan dengan kesabaran, redha atas keputusanNya. Allah yang memberikan Ujian, Allah jualah mempunyai jawapannya. Yang pasti, setiap Ujian pasti akan ada outcome base nya. Kalau seorang cikgu memberikan ujian untuk anak muridnya, tiada lain hanyalah bertujuan untuk menguji kemampuan dan pengetahuan anak muridnya. dalam masa yang sama, ujian tersebut sekurang-kurangnya mampu membuka minda seorang murid, dan memberi pengajaran baru yg mungkin tidak dipelajari dalam pengajiannya.

Pun begitu,redha pada ujian tidak lah hanya sebulat-bulatnya berserah pada ketentuanNya. Ujian mungkin diberikan untuk menghapus dosa. Ujian juga adalah ruang mencipta pahala. Ujian juga salah satu cara mendidik jiwa. 

Hadapilah setiap Ujian dengan sabar.

No comments:

Post a Comment