Wednesday, June 2, 2010

.: Transformasi.. u must transform!

Politeknik sekarang sedang mentransfromasikan diri. macam mana politeknik nak mentransformasikan dirinya? Ye, dengan mentransformasikan nafas-nafas yang menghidupkan politeknik. Siapa? Pelajar, pensyarah, pentadbir, tidak terkecuali staff sokongan.

Bagaimana pelajar perlu transformasikan diri? Sejajar dengan misi dan visi politeknik la kan. Siapa yang akan mendokong transformasi ini, kalau bukan orang yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pelajar, iaitu pensyarah. Pensyarah lah orang yang paling penting untuk mentransformasikan diri, ye tak? Bagaimana pensyarah perlu transformasikan diri? Tengok misi dan visi politeknik. Lengkapkan diri anda. Apa bisnes utama anda sebagai pensyarah? Pendidik? pemudahcara? Penyampai? Bagaimana anda sebagai pensyarah tahu bahawa misi anda sudah menjawab visi? Tengok hasil, ye, pelajar anda. Adakah pelajar anda telah mendapat apa yang anda inginkan mereka dapat? Jika tidak, misi anda masih gagal. Tugas anda, pastikan misi anda berjaya. Bagaimana cara memastikan misi anda berjaya? Salah satunya ialah inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang, kita sebagai pensyarah tahu banyak perkara, tapi gagal memastikan apa yang kita tahu itu disampaikan dengan baik pada pelajar. Jadi, kaedah penyampaian yang perlu di perbaiki. Kadang-kadang, pensyarah diminta mengajar subjek yang bukan 'makanan' dia. jadi, tiada persiapan diri. Kes macam ni agak berat, bagaimanakah ketam boleh mengajar anaknya berjalan lurus kan? Jadi, pensyarah itu nak tak nak kena lah buat sesuatu supaya lebih mengusai apa yang perlu dikuasai bagi memastikan dia boleh mengajar dengan berkesan.

1 comment:

  1. I setuju dgn statement U Olls... hahaha

    ReplyDelete