Friday, June 25, 2010

.: Tidak lagi kesunyian...

Alhamdulillah, semalam babah budak-budak ni dah pulang dari kursus..mari kita nyanyi ramai-ramai..
"Babahku pulang dari kota...babahku belikan roti kaya...
Roti kecil warna warni..boleh ku makan sarapan pagi..."

Saya sengaja tidak mewar-warkan pada dunia yg sepanjang empat hari yang lalu saya merupakan ibu tunggal sementara. Ye lah, bimbang juga menjadi perhatian. Keselamatan pun mungkin terancam.. hehe..berangan jadi celebrity pula ye...

Sepanjang babah budak-budak ni tak ada, agak padat juga lah aktiviti saya, berkebetulan pula kat pejabat ni banyak pula urusan-urusan kena diuruskan. Cuma time malam lah saya rasa sedikit sunyi especially time maghrib. Tapi nasib baik juga ada si wafiy yang pot-pet pot-pet sahaja. Jenuh-jenuh melayan dia, kurang-kurangnya saya tak lah sunyi sangat. Maryam yang pada mulanya tak boleh berenggang langsung dengan saya, mula menyesuaikan diri lah untuk explore rumah kembali.

Maryam sekarang ni suka ambil buku kecik dari rak buku, bawa ke meja ABC yang saya beli untuk wafiy. Panjat kerusi, pastu betulkan parking duduk, pastu belek-belek buku. Entah mana dia nampak orang study kat meja. Dia pun ikut sekali. Kalau tak ada buku pun, dia suka berdiri atas kerusi kecik tu, tertonggong dengan tangan bertongkat atas meja, pastu tunjuk-tunjuk kat ABC yang printed atas meja tu. Mulut pun bising-bising la, sepatah pun tak kena. hihihi.. Bila dah boring, dia turun,selongkar mainan dalam bakul, pastu bawak ke meja tu balik. Kiranya, port favourite terbaru dia la tu.

Kemuncak hari keempat (semalam) saya rasa sangat bersyukur sangat, sebab saya dah mula migrain, kepala berdenyut denyut dan badan berpeluh seram sejuk dah tengahari tu. Saya rasa, saya kurang rehat. tengahari semalam saya tidur tak sedar diri, until dikejutkan oleh orang potong rumput yang sangat bising kat belakang rumah. Agaknya, kalau orang tu tak potong rumput, mungkin saya terus saja tidur sampai maghrib.

Tengahari tu, saya memang rasa dah tak boleh fokus masa saya drive ditemani Pn Suriy (nama yang telah diubah sedikit). Tapi saya tak bagitahu dia, takut nanti dia turun tahan teksi balik poli pulak kan. hehehe...saya teruskan saja bawa kereta balik ke poli. Drop Pn Suriy kat ofis, dan saya balik tidur. Nasib baik lah En sidiq (nama samaran) balik semalam...kalau tak, hari ni mungkin saya MC.

1 comment:

  1. Pn Suriy rasa u tetap maintain membawa Ina..
    Petang tu siap sempat buat sijil lagi u..

    ReplyDelete