Wednesday, June 30, 2010

.: Suntikan MMR untuk Maryam

hari ni 30/06/10..temujanji Maryam di klinik Karambunai. Untuk suntikan MMR bagi bayi umur setahun. Seperti biasa, menunggu juga lah dekat sejam walaupun tak ramai pelanggan.
Kali ni beza sikit..
Maryam sibuk jalan-jalan keluar masuk klinik sepanjang duk tunggu giliran. Ada pulak kawan dia si Faiz yg lahir sebelah katil tu. Maryam main peekaboo lagi .. mmg happy..tak tahu dia nak kena jarum lepas ni..hehehe

Tiba turn Maryam, mama yg lebih-lebih berdebar. Maryam rilex je. Kena suntik, dia cuma tertoleh je kt tempat kena suntik, pastu cakap "Heh!" Nurse cepat-cepat injek habis picagari tu, dan keluarkan dari lengan Maryam. Maryam tengok saja dengan selamba... Pastu sebok nak tengok nurse tu buat kerja. Aik? Tak menangis?? Hmm... Masa baby dulu dia nangis. Dah cerdik la tu.

No comments:

Post a Comment