Wednesday, June 16, 2010

.: Saya terlalu ingin pindah sekarang

KJ baru saya Tn Hj Hasnim bgtau, urusan pindah memindah dibekukan.
Saya sungguh tak puas hati. Alasan diberi: masalah kewangan. jadi, kerajaan sekarang tak ada duit ke? Ataupun, duit yang ada disimpan untuk tujuan lebih penting dari memindahkan staff-staff yang dijauhkan dari keluarga ini.

Saya hilang motivasi.

Ye, saya sekarang hilang motivasi. Saya mengharapkan ada sinar di hujung jalan..ewah.... Saya amat mengharapkan satu kata putus. Berita bahawa perpindahan dibekukan itu hanya dari mulut KJ baru saya. Bukan dari mereka yg menguruskan di Putrajaya sana. Saya sangat kecewa dengan mereka semua. Kenapa digantung saya tak bertali sebegini??? Kenapa? Kenapa? Kenapaa....?? Mereka buat saya bermonolog macam drama swasta. Saya tak suka. Please tell me one date. One date that can give me motivation to go on with my works here. Sekarang, saya seolah-olah dalam safe mode. Tiada mood buat kerja..lebih-lebih lagi sekarang...

Lebih-lebih lagi sekarang...?

Saya rasa tidak dihargai di organisasi saya. Melihat kawan-kawan seangkatan dah berkali-kali bertukar port-folio, saya masih yang itu-itu juga. Saya bosan. Saya fed-up. Bos saya tak mahu tukar saya, dengan alasan nanti tak ada orang boleh buat kerja saya. Ah..alasan semata-mata. Sekali lagi saya bermonolog seperti drama swasta. (watak orang tengah depression). Saya juga tidak dilantik untuk jadi AJK program yang saya suka, walaupun pernah dulu saya buat-buat merungut tak suka, sebab saya harapkan saya dapat biro lain. Tapi sekurang-kurangnya, boleh juga saya isi dalam SKT saya. Macam mana markah SKT saya nak tinggi kalau saya tak dilantik? Maka, jauhlah saya dari dapat APC macam En Ashady. Saya cemburu! Kenapa saya tak dapat? Mungkin kalau saya berada di jabatan yang tak ramai staff, peluang saya lebih cerah?? Mungkin kah?? Prestasi saya bagus sangat ke sampai saya perasan nak dapat APC? Hmm... lupakan saja.

Saya juga benci perasaan yang saya rasai sekarang. Susahnya nak cerita. Dia begini... saya secara profesional, bernama farah. Saya bangga saya bernama farah, walaupun di mana saja saya pergi, pasti akan ada farah-farah lain. Bagi saya, Farah itu hanya lah saya..kerana nama saya Farahwahida... hmm..
bagus saya buat entry khusus untuk ini. Kita bertemu di entry akan datang.

1 comment:

  1. hurmmm x payah la nk tanya jab farah direct je trus tanya putrajaya. klu diaorg ckp ok apa tunggu lg ataupun kome masih nak menemani kami di sini hehe..

    sbnrnya gembira jgk dgr ko x dpt pindah lg sbb masih ada jiran yg menemaniku ekeke.. 2 minggu dpt balik kampung mmg best giler dan mula la timbul niat nak pindah jgk haha.. dh hint2 en hardy tp xde green light lg huhu

    ReplyDelete