Thursday, June 10, 2010

.: Penantian satu penyiksaan

Kalau padi, katakan padi,
tidak lah aku tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi,
tidak lah aku ternanti-nanti

Pantun ini saya tujukan khas buat pihak pengurusan bahagian memindahkan staff2 politeknik dari borneo ke semenanjung dan vise versa.

Susah rupanya mereka nak buat keputusan ni, sampai bertangguh-tangguh keputusannya. BIla semak saja keputusan di dalam sistem atas talian, ini yang dapat dilihat :
"KEPUTUSAN PERTUKARAN DITANGGUHKAN BUAT SEMENTARA WAKTU ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN (BUKAN MASALAH SISTEM e-SIS).. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF ATAS KESULITAN YANG TIMBUL"

Ya..memang senang memohon kemaafan.
Sangat sukar bagi kami yang terlibat ini. Banyak perancangan kami yang terpaksa KIV. Sepatutnya, keputusan diketahui 1 Jun 2010. Betapa berdebarnya kami menunggu tarikh tersebut, hanya semata-mata unutk melihat keputusan yang tertera diperenggan atas dalam tulisan caps lock itu.

Keputusan itu sangat besar ertinya. Kami perlu tahu,kami pindah atau tidak. Kalau pindah di mana, dan bila harus bergerak..supaya kami tahu:
1) kena beli tiket kapal terbang balik raya ke tak.. kang last minit tiket harga penuh dah. kami ni 3 orang dewasa plus 1 infant.
2) next week boleh husband saya gi servey tempat, cari apa yang patut andai tak dapat pindah di kampung halaman, kebetulan husband saya ke KL utk terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang beliau.
3) jabatan saya nak berfamily day. Saya terlibat dalam perancangan. Dan saya tak tahu pada tarikh tersebut, saya masih di sini atau tidak. Kalau dah tahu, boleh la di ejas tarikh ke apa, ye dak?? hehe..

Itu antara hal-hal besar la pada pandangan saya. hal-hal remeh tu toksah cerita la..korang pun mesti boleh pikir jugak...

1 comment:

  1. alahai..gitu pula jdnya..bkn hr 2 konon sdh dpt ka..apa la dorg ni..suka bt org trnanti2..

    aku pnya turn plak lps ni..mo tggu result futher study..mudah2an dpt..amiin.. :)

    ReplyDelete