Monday, June 14, 2010

.: Maryam's almost 1 year old

Mi amor maryam sudah hampir mencecah setahun rupanya.

Sekarang ni, kalau balik dari nursery, selain dari melambai-lambai bye-bye kat teacher dia, Maryam dah pandai salam cium tangan..then flying kiss! So sweet tgk flying kiss Maryam. Dia kiss tapak tangan pastu senyum sambil hulur tapak tangan tu.

Yang abang nya si Wafiy pula, buat perangai pula, nak cakap macam baby..terikut-ikut si adiknya Maryam. Dah elok-elok pandai bercakap, buat tak pandai cakap pulak. Tapi bila lapar nak minta susu, boleh pula dia cakap elok. Hihi..

mama a bit penat la juga sebab sekarang ni, Maryam suka ronda-ronda satu rumah. Sedar-sedar maryam tak ada depan mata, tengok-tengok kat dapur sorang-sorang buka laci, buka kabinet. kadang-kadang kat dalam bilik tidur, buka almari baju dan keluarkan semua baju...dah selerak! In just few minutes saja. Yang si abangnya, suka ngajar adik main permainan yang bukan-bukan, contohnya sembunyi di belakang langsir sliding door, panjat kerusi dan perabot-perabot lain yang boleh dipanjat, main lawan pedang (kayu golf mainan), dan sebagainya.

Maryam juga seperti abangnya Wafiy, suka menari bila terdengar lagu. Baby menari memang sgt cute.
Bila lagu dah abis, maryam tepuk tangan. Those little things yang buat mama tersenyum dan rasa happy.

Maryam dah pandai tunjuk rasa takut. Astro tu tau la kan, time iklan je punya la kuat volume dia naik. Maryam selalu terkejut dan panik. Bila dia panik, lari tak cukup tanah, gapai apa saja yang dia boleh peluk. Selalunya dia akan terus berlari ke sofa dan bersandar, dan toleh balik ke TV, dan buat muka seolah-olah bertanya, apa dah berlaku??

No comments:

Post a Comment