Friday, June 18, 2010

.: KSS Jun 2010 bakal bermula

Untuk KSS, nampaknya hanya JKE sahaja berjaya mengumpulkan permohonan baru secukupnya untuk dibuka kelas baru. Jadi, saya terpaksa kerja lebih lah untuk kerja-kerja pendaftaran pelajar baru. Petang ni saya akan mula operasi. Operasi gotong-royong untuk hari pendaftaran KSS. Petugas untuk jabatan saya, cuma saya dan Hanum. Saya harap Daniel sudah tak bercuti lagi. tapi, saya rasa dia masih bercuti. Biasanya Sabahan suka balik kampung. Nasib lah saya dan Hanum bukan Sabahan. Tapi, PLJ JKA dan JKM Sabahan juga. Mereka sangat komited dgn kerja mereka.

Inilah antara sebab-sebab saya rasa tidak orang sudi offer diri untuk masuk unit yang saya pegang ni. Kena kerja di hujung minggu. Saya niatkan saya kerja hujung minggu ni untuk tampung masa-masa yang saya selalu keluar lunch awal. Tapi, untuk tidak mengketarakan saya keluar lunch tu, saya biasanya tidak turun breakfast. Kawan-kawan saya di pejabat ni pun, kalau turun breakfast, mereka tidak keluar lunch.

Balik kepada tajuk...

Saya rasa sedikit teruja dengan pengambilan pelajar baru ni. Saya rasa, saya memang jenis suka public relation kot? memang suka. Terima kasih juga lah pada organisasi saya kerana bagi saya unit ni...untuk tahun ketiga berturut-turut tanpa bertukar unit lain.

1 comment:

  1. Hi, salam kenal.
    Terima kasih atas informasinya
    Silahkan kunjungi informasi tentang berbagai karya ilmiah dari kami http://www.unand.ac.id/arsipua/abstrak/
    Blog saya

    ReplyDelete