Wednesday, June 23, 2010

.: Kesibukan tiba-tiba

Tiba-tiba minggu ni menjadi sgt sibuk dgn tugas-tugas sampingan yg tak tersamping, dan juga tugas hakiki yg pada hakikatnya baru terkial-kial nak mula.

Hari ni dan esok, saya bertugas untuk pendaftaran pelajar lepasan LI dan pelajar senior.

Saya juga buat-buat sibuk dengan hari Keluarga jabatan saya yg dirancang pada hari Ahad ni. Saya macam biasalah akan menyibukkan diri dengan tugas-tugas yg nampak remeh, tapi sangat renyah... saya kena beli hadiah untuk acara-acara yang dirancang pada hari Keluarga ni. aduuuhai...belum bungkus lagi nih.

Bersempena pulak saya sekarang ni menjadi ibu tunggal sementara, saya bertindak sebagai pemandu membawa ajk-ajk semua bershopping beli belah hadiah... dan juga tempah banner hari keluarga nanti.

Menjelang malam, saya menyibukkan diri juga dengan anak-anak saya yang seramai 2 orang ni. Malam-malam saya agak mencabar juga. Menjelang Subuh, cabaran dia semakin meningkat kerana anak-anak saya yg bertuah dua orang ni dah bangun sebelum subuh adam lagi. Astaghfirullahalazeeeeemmmm..... geram sungguh mak, nyah!!

Selalunya time bapak diorg ni tak ada, elok pulak diorg tidur nyenyak tak berketek langsung. Ni time saya tengah jadi ibu tunggal sementara ni, diorg saja nak menambahkan pahal saya agaknya. Harap-harap tekanan darah saya tak meningkat ye. Jiran-jiran atas, bawah, kanan semua..harap bersabar ye dengan pekikan laungan anak-anak saya kala subuh subuh adam ye... si kecik tu tak boleh tak nampak saya. Saya nak solat pun bukan main susah hati ni, tak putus asa si maryam meraung. Meraung macam hilang mak gitu gayanya. Si wafiy pula yg kepanasan  asyik merengek dek kerana aircond cap york kami tu buat hal.

Sabar je !!

2 comments:

  1. owhhh.. hang menjadi ibu tunggal ke skang ni x tau plk. ke mana en cdiq menghilang hehe.. xpe dugaan kejap je tu.

    aircond apa masalah? hurmm dh nama brg 2nd hand kan aircond kami pun mcm dh x brapa nk sejuk laa.. :(

    ReplyDelete
  2. hehehe... dah jadi ibu berpasangan kembali.
    aircond tu ko tau la alin, kalo tersalah tekan punat remote control tu, mula lah dia nk jd air-heater..huhuhu..menci aku! si wafiy tu sejam sekali bangun, suh aku panggil sidiq balik repair aircond. huhuhu...

    ReplyDelete