Wednesday, June 16, 2010

.: Farah itu AKU...

Ok..saya sambung entry sebelum ini.

Di organisasi saya. Telah ramai bernama farah di sini. Salah seorang, saya. Tapi, sudah lama rasanya hanya saya sahaja bernama farah, until datang seorang kawan baru di pejabat saya, juga farah. bezanya nama kami, adalah nama belakang saja..dan satu lagi, saya ada Nor kat depan..dan of course, nama bapak kami tak sama.

Saya tiada masalah dengan Farah yang lagi seorang. Dia tidak bersalah dalam hal ini.

Saya rasa, ada beberapa pihak yang bersalah dengan saya..hehehe..bila mereka nak minta maaf dengan saya. Dalam organisasi ini, semua staff diberi emel. Dan alamat emel saya diset oleh mereka. Emel saya telah dibuat oleh mereka menggunakan nama belakang saya, wahida. Nama belakang saya itu hanya keluarga saya saja guna. Pada mulanya, saya rasa kurang senang, seolah-olah mereka mencabuli hak yang hanya untuk keluarga saya sahaja. Saya tak suka orang memanggil saya wahida, selain dari keluarga saya..iaitu Ayah, Ibu, dan Adik-Beradik, serta datuk dan nenek. Keluarga mertua pun panggil saya farah. saya rasa sedikit geli bila orang panggil saya Wahida.

Saya bertoleransi, sebab mungkin untuk bezakan saya dengan seorang senior yang lain yg juga bernama Farah****. Tapi, saya sedikit terasa dengan orang ICT ni bila kawan baru saya yang bernama Farah itu diberikan emel dengan nama farah. Ye, 'farah' semata-mata. Tidakkah orang akan keliru? "farah" tu seolah-olah seperti "Nor", "nurul", "tengku", dan "siti" dalam kebanyakan pangkal nama typical malay ladies.

Tidak cukup dengan itu. Di jabatan ada nama singkatan. Betapa susah payahnya mereka buat nama singkatan saya sebagai FWMN mewakili farahwahida mohd noor. Sedangkan kawan saya yang baru masuk tu senang-senang pula diberi singkatan FARAH. Singkatan yang selama ini menjadi milik saya. YA..saya memang tak puas hati. Mereka langsung tak fikir perasaan saya.

Kawan-kawan saya juga mengeluh bila dah ada 2 farah di pejabat kami. Saya akui, bila mereka panggil farah, kedua-dua kami menoleh. he he he..lawak juga. Tapi, lawak itu bertukar menjadi tak lawak, malah mengguriskan, bila mereka kata, "tukarlah, panggil farah ni (aku) wahida, yang ni (farah lagi satu ) farah".
Kenapa AKU yang kena tukar???? tapi, akhirnya, tanpa campurtangan saya (sebab saya diam saja, kan saya sedang tak puas hati), mereka putuskan untuk panggil kawan baru saya yg juga bernama farah tu sebagai nama akhirnya, iaitu bukan farah lah. Dan rupanya, farah yang lagi satu ni memang dipanggil nama keduanya oleh kawan-kawan dia.

Mereka secara tidak sengaja mengguris hiris hatiku yang agak sensitif di minggu ini. Ye, ini minggu sensitif kerana minggu ni, bendera Jepun dinaikkan. memang wrong-timing. Mungkin jika perkara ini berlaku di minggu-minggu lain, ketika bendera PAS yang naik, saya mungkin tidak menulis entry ini.

4 comments:

  1. Assalamualaikum farah....saya tiap hari bca blog farah. seronok baca cerita farah tiap hari. Jgn la merajuk..hehehehehe.... kenapa farah tak inform kat saya farah x suka user wahida. User tu dah d create sebelum saya keja kat poli. Kalau farah inform saya awal, saya bleh tukarkan..as a friend...hehehe.Maaf ye...kawan sepejabat saya dh 'terberi' user farah tu pd farah asyikin. time tu sya cuti...kalau x bleh jugak sya halang. nak tukar dh x dapat sebab asyikin dan log in...jgn marah ye pn. farah :))

    ReplyDelete
  2. haha.. itu la kan kekadang bila nama panjang ni susah jgk org lain suka suki je panggil nama lain. klu nama yg best ok la tp klu nama yg kita x suka makan hati la jwbnya.

    mcm aku mcm2 nama ada kekadang diri sendiri konpius haha..

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam mama Farah..
    Pn farah ni bukan nak merajuk, cuma ter'kecik' hati saja. Lagipun, jika difikirkan kembali, saya rasa, isu nama emel ni boleh menimbulkan kekeliruan di kemudian hari. ye lah, berapa ramai yang tahu kita sudah ada 2 farah? mana tau orang nak hantar emel kat wahida@polikk, tiba-tiba tersend pula kat farah@polikk..ye tak? saya rasa, Puan Mama Farah ni memang teliti dan efision dlm kerja, dan saya memang agak dah bukan Puan Mama Farah yang buat keje ni. Harap 'kawan sepejabat' Puan Mama Farah lebih sensitif, berhati-hati dan efision..

    ReplyDelete
  4. halen, ya betul..memang cukup tak suka orang panggil sembarang nama-nama ni. Nama ni kan doa. Sekarang ni, saya paling cukup betul-betul tak suka sangat kalau orang panggil anak dara saya tu Mek Yey.. nama dia Maryam Raeesa. Panggil Maryam. Bukan Mek Yey. Biasa yang panggil gitu adalah non-kelantanese yg cuba nak mengkelantankan nama anak aku. Huh... darat!

    ReplyDelete