Tuesday, June 29, 2010

.: Bukan AKU sorang je yg busyyy....

Kadang-kadang, kita rasa sangat sibuk. Kadang-kadang, sangat lapang sampai tak tau nk buat apa. Masa minggu pertama budak-budak cuti, saya rasa sangat lapang, sempat kemas-kemas meja, konon nak pindah... Minggu kedua ok la.. staf-staf jabatan saya yg dah naik cuti sesetengah tu dah mula start buat keje-keje diorg. Time ni, orang-orang yg terlibat rancang jadual waktu, pendaftaranm pelajar, KSS, LI pun dah start sikit-sikit kerja. Time ni macam banyak kerja nak buat tapi sesetangah kerja nak kena tunggu sesetengah orang naik dari bercuti. Tiba je minggu terakhir cuti, huh! Masa tu la orang-orang yg dah sakan cuti-cuti Mesia baru nak naik, baru lah semua terkial-kial nak busy. Time tu, saya dah mula reda dah, sebab saya dah abis busy dah masa orang semua cuti-cuti Mesia aritu.
ni bos saya, tengok dah tak terurus..maybe he needs a PA..hehehe... (gambar sekadar ilusi)
ni ofismate saya yang sempat posing walaupun semua sibuk (sekadar ilusi)

So, start dari minggu lepas lah, saya rasa office saya sungguh hangat. Semua masing-masing sibuk dengan tugas-tugas sampingan masing-masing, sampai tak terbuat sesetengah tu. Tapi, nasib baik la di jabatan saya ni bekerja sepasukan...teamwork. Memang begitulah sepatutnya, kena ada semangat teamwork, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ada sesetengah tu walaupun namanya ada dalam senarai petugas, tapi ada hal-hal tertentu tak dapat nak buat tugas dia, di'cover' oleh rakan yang lain. Kena bersyukur lah ye, sebab nnti dalam SKT, mesti tulis jugak kan ada buat keje untuk tu walau dicover oleh kawan, kan. Untuk mereka yang tolong cover bahagian saya, thanx ye.

Dalam menjayakan teamwork, masing-masing kena saling memahami, saling mengutamakan apa yang lebih utama mengikut keutamaan dateline kerja masing-masing lah kan. Walaupun sibuk saja dengan kerja, kita kena sentiasa jaga hubungan sesama rakan sepasukan. Dalam keadaan tertekan dengan mengejar masa, memang tak ada masa nyer nak senyum-senyum kambing, atau menyembang bergossip hal-hal picisan. Tapi, jangan lah sampai bermasam muka sesama kita, ye tak? Tutur kata pun, haruslah terjaga, sekurang-kurangnya menjaga lah etika profesionalisme. Kalau rasa macam busy sangat dah tak tertanggung jiwa raga, pause lah sekejap, rehat..ambil angin...hehe..redakan ketegangan urat saraf tu. Kalau tak, tengok orang nampak tak busy pun rasa sangat tension. kalau boleh nak semua orang sama-sama busy ye??

Saya ni bukn jenis suka buat kerja dengan nampak sangat 'busy'nya. Saya suka santai-santai... sbb tu saya buat awal-awal sikit-sikit kerja saya. Biar orang jeles tengok saya rilex je...ehehe

Tapi ada sesetengah kerja memang tak boleh nak buat awal-awal kerana menunggu data dari pihak lain. Itu yang saya sgt berdebar... sebab saya tak suka kerja last minit ni. Boleh heart-attack mak, nyah!

Kepada rakan-rakan yg saya tak sempat nak lempar senyuman manis masa sedang busy haritu, saya mintak maaf, kay! Saja jer nak bg nampak macam executive garang gitu. Okey, tu saja..adios.
yang rambut blond pakai baju nampak ketiak tu bukan saya

No comments:

Post a Comment