Tuesday, June 15, 2010

.: Bila MiAmor merajuk...

Babah kan tak ada, mama je yang tinggal. Petang lepas ambil Wafiy dan Maryam, kita duduk-duduk sekejap layan TV, tiba-tiba mama rasa nak ke toilet. Tapi Maryam buat manja le pula, nak berbelit di kaki saja, minta dukung. Haish, mana boleh. Mama seharian kerja, kena mandi hilangkan kekotoran di badan. Mama nekad, tinggalkan juga Maryam menangis di pintu bilik mandi. Abang wafiy duk layan cartoon network saja, tak dihiraunya adik duduk melalak dalam bilik tu.

Bila mama keluar je dari bilik mandi, Maryam terus berhenti nangis, dan angkat tangan tinggi-tinggi, kaki dijengket sikit, tu hint minta dukung. Maaf la ye sayang, mama kena pakai baju dulu. Menangis lagi, sambil meluru ke tilam dan menyembamkan muka, dan meraung. Amboi... pandai sungguh merajuk sekarang....

Oklah, mama dukung, Bawa ke ruang tamu, dan duduk sama-sama Abang Wafiy layan kartun. Nampak ralit sikit, mama tinggalkan Maryam dgn Wafiy, ke dapur, nak masak nasi. Lauk dah ada, tinggal nak panaskan. Sedang Mama basih beras, maryam datang menangis, tak puas hati ditinggalkan. Bergayut-gayut dia di betis, sambil menarik-narik skirt Mama. Mama tak hiraukan. Maryam buat lagi aksi berani dengan berguling-guling di atas tikar rotan yang terhampar di ruang dapur itu. Pun mama jeling je tengok... apa lagi dia nak buat ye...

Huh, bila tak dihiraukan juga aksi guling-guling tu, maryam bangun dengan meraung, mata separuh tertutup meluru keluar dari dapur. Suara raungan maryam semakin jauh, dan sayup-sayup kedengaran. Mama mula panik... "selok doh ko anok aku?" pikir mama, lalu Mama serta merta meninggalkan beras yang masih belum ditanak itu. Pause sekejap. mama tercari-cari maryam depan TV. Tak ada. Ish...keadaan rumah sudah suram kerana waktu itu sudah dekat masuk Maghrib. Hanya ruang tamu tempat wafiy menonton kartun dan dapur saja yang terpasang lampu. Ruang rumah yang lain sudah agak gelap, lebih-lebih lagi bilik tidur.

Maryam was nowhere to be seen at living hall. Mama terus ke bilik tidur. Ler..... Maryam sedang mengadu nasib kat bilik, sorang-sorang dia menangis dalam gelap...tertonggeng menghempas diri ke tilam, muka ditelangkup ke tilam. Menangis sendirian. Kesiaaan...babah tak ada ye???

"Maryam..." mama panggil lembut. Terus Maryam bangun dan menoleh, dan menanti mama mendapatkan maryam. Mama peluk maryam, dan maryam terus menatap mama dengan mata yang berair-air, mulutnya mengadu-ngadu.... Ye lah...sorry MiAmor...

Mama bawa Maryam ke ruang tamu untuk menyertai abg Wafiy sama-sama menonton TV menghilangkan bosan. Mama tanya maryam tanpa mengharapkan jawapan pun "Apa masalahnya ni Maryam??"

Wafiy yang asyik menonton tiba-tiba menyampuk sambil mata masih tekun menonton cerita Doraemon  "Mama, Maryam tak boleh bagitau, nanti dia dah boleh cakap dia bagitau, haa..."

Pulak dah!

Sambil mengendong Maryam di sebelah kiri, mama menyambung kerja mama tadi. Beras yang sedia terbasuh tadi Mama isikan air secukupnya, lalu segera di lap bahagian bawah periuk, dan ditanak dengan periuk elektrik Panasonic. Fuh, nasib baik ada periuk letrik....

1 comment:

  1. alaaahhh.....cumilnyer maryam majuk...macam budak besar2 dah...cute jer.

    ReplyDelete