Wednesday, June 2, 2010

.: Bestnya kalau dapat naik MAS

Result perpindahan nampaknya ditangguhkan atas 'sebab-sebab tertentu'. Punyalah saya beriye kemas-kemas barang sepanjang cuti ni.

Banyak barang-barang saya. Ada 2 kategori, barang yang 'perlu segera', dan barang 'boleh tangguh sampai 2 minggu'. Yang barang-barang perlu segera tu adalah keperluan hidup kami sesampai di tempat baru. Nak tak nak mesti kena angkut sebab dah sampai sana, takkan nak terjah supermarket terus kan?

Saya mula membayangkan perjalanan kami pulang nanti dengan air asia, memandangkan Pengarah poli kami ni sangat berhemah dalam berbelanja untuk kakitangan beliau. Cemburu pula saya pada jiran saya si Halen yang kerja di jabatan laut, kerana Pengarah beliau masih lagi mengekalkan kapal MAS untuk menyeberang Laut China Selatan tu.

Sebenarnya, bagi penjawat-penjawat awam yang bekerja di Sabah Sarawak ni cukup bersyukur dah dibagi tambang percuma naik apa pun. Tapi, bagi saya yang naik filght 2 kali ni, transit di KL pastu ke KB, agak siksa bagi saya yang membawa 2 anak kecil menggunakan perkhidmatan tambang murah air asia ni yang tak ada lah murah mana pun, banyak mengelabui mata adalah... Dengan tangga nak naik ke pesawat yang goyang-goyang tu, dengan perjalanan agak jauh dari pesawat ke terminal, belum lagi diuji dengan hujan atau panas terik. Kesian kan...

Pastu kat LCCT tu, punyalah beriok ramai nya manusia, Indon2 mari semua nya lepak kat situ lah. LCCT ni agak panas sebenarnya ye berbanding KLIA, ye lah nak menampung semua suhu-suhu badan manusia ni kan. Oh, anak-anak saya akan mula menunjukkan ketidakselesaan mereka bila masuk jam ke 2 ke 3 berada di LCCT menantikan flight seterusnya ke KB. Saya sebagai ibu yang prihatin ehem ehem, akan melakukan segala terdaya memastikan mereka tidak panas. Thanx to kipas cina yang dibeli dari gaya Street.

Itulah antara dugaan yang terpaksa kami tanggung bila menggunakan perkhidmatan percuma yang diberikan oleh Pengarah poli kesayangan kami ni. baca betul-betul..pengarah poli-kesayangan-kami...ok... poli yang menjadi kesayangan kami..hehehe

Memang harap sangat Tuan Pengarah kami akan consider bagi MAS, kalo taknak bagi kat semua takpe, bagi je kat mereka-mereka yg naik kapal 2 kali ni ha... hehe...

Aritu ada terserempak dengan seorang member poli juga. Dia lagi kesian, sepatutnya dia boleh naik flight airasia dan turun di airport yg terhampir dengan tempat tinggalnya. Masalahnya, airport tersebut bukan terletak di negeri asalnya. Maka, terpaksa pula dia naik flight airasia ke KL, kemudian naik pula bas tambang sendiri ke negeri beliau nun jauh di sana. Hmm..sungguh pelik pada hemat saya. Macam robot, ikut je programming. Padahal tu semua boleh ejas, kan. Manusia yang dianugerahkan akal ni nak jadi macam robot. Langsung takdak pertimbangan pula ye?

5 comments:

  1. alaaa...rilex la farah,kami haritu pun naik airasia gak.aper yg penting...boleh balik kampung.tunggu kat LCCT dekat 4jam gak...zikri baru 5bulan.
    ps:
    mari mulakan hidup baru!

    ReplyDelete
  2. Because there is a better choice, why not give us that one?? How much did they saved by giving us this 2nd class choice??
    if talking about being fair, we shud use airasia cuz people from past also use airasia, how about those who got MAS from En Azizi time?
    I think, that's why some people refuse to give their best at work because no appropriate appreciation from the management. Btw, thanx for the airasia, though!

    ReplyDelete
  3. setuju:
    "...I think, that's why some people refuse to give their best at work because no appropriate appreciation from the management"
    itula farah..."habih madu sepah dibuang..."
    kami dah dekat 5bulan dok cni...tp,gaji x setel2 lg dgn Pkaykay...tambahan pulak org yg uruskan gaji dah pindah(elaun gangguan pindah pun belum dapat tau...)

    ps:
    mungkin lecturer ja kot yg kena transformasi...staf2 yg lain biarkan-biarkaaan...

    ReplyDelete
  4. kesimpulannya, dalam mendokong usaha transformasi, pihak pengurusan mestilah melakukan transformasi dalam pengurusan..especially melibatkan kebajikan kakitangan.. kerana, jika kebajikan terjaga, motivasi pekerja meningkat, dan kita semangat. 5 bulan gaji tak setel memang lah haruuuu...
    tengok org keje petronas, walaupun keje tak menentu masa dan tempat, tp dpt ganjaran lumayan,penghargaan tinggi.. tak pulak merungut diorg ni. kalau kita, nak harap APC, kena ikut senioriti. Dah dpt sekali, nak dpt kali ke2 tunggu la 1 round lagi.

    ReplyDelete
  5. err...? tiket yg gomen bagi tu tiket airasia? macam tak patut plak...

    ReplyDelete