Wednesday, June 2, 2010

.: Bagaimana kualiti graduan kita?

Kualiti graduan kita sangat berkait rapat dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran, serta tidak terkecuali kualiti pengurusan.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran berkadar langsung dengan kualiti pensyarah dan pelajar. Diakui, pelajar politeknik kebanyakannya adalah antara yang kurang cemerlang dalam pendidikan sekolah menengah, kerana yang cemerlang semuanya telah menempatkan diri di universiti. Inilah yang cuba diatasi dalam misi transformasi, iaitu menjadikan politeknik pilihan utama para lepasan SPM, bukan lagi pilihan terakhir sekiranya gagal masuk Universiti.

Untuk menjadi pilihan utama, politeknik harus bekerja keras menjadi sebuah institusi yang ternama dan diiktiraf global, tersohor dengan fasiliti yang konstruktif, dan kepakaran tenaga pengajar yang bertaraf industri, serta pengurusan yang efision. Ada satu faktor lagi yang pada pendapat saya akan menjadikan pihak luar memandang tinggi graduan lepasan politeknik, iaitu graf lulus pelajar yang tidak sewenang-wenangnya dinaik turunkan oleh pihak pengurusan demi menjaga nama dan reputasi, atau menyelamatkan diri dari extra cost samada masa, wang dan sebagainya.

Para pensyarah politeknik sentiasa bertoleransi dalam menilai para pelajarnya. Saya yakin, banyak kali terjadi situasi dimana pensyarah memberi pelajar 'markah kesian' semasa memeriksa kertas ujian, kuiz atau tugasan. Untuk kuiz dan tugasan, sejauh mana pelajar-pelajar dapat dipastikan menjawab dengan usaha sendiri, tanpa meniru rakan yang lain. Dari pengalaman saya sendiri, sangat jarang saya jumpai pelajar yang menjawab soalan tugasan yang diberikan dengan usaha sendiri. Sangat jarang saya jumpai pelajar yang mengulas apa yang ditemukan dalam rujukan yang rata-rata dijumpai hanya dari internet semata-mata. Kebanyakannya kalau pun tidak meniru rakan yang lain, cuma google di internet, dan copy paste membabi buta segala info yang dijumpai tanpa mengeditpun sumber tersebut untuk disesuaikan dengan jawapan. Pensyarah pula yang terpaksa mencari dimana jawapan yang diingini dari sumber tersebut. Agak-agak anda, pelajar tersebut menjawab soalan ke tak?

Jadi, dari tugasan, kuiz dan ujian, menyumbang 50% dari markah keseluruhan sesuatu subjek. 50% disumbang oleh peperiksaan akhir. dalam menyemak kertas peperiksaan akhir, berapa banyak lagi 'markah kesian' yang disumbangkan pensyarah. Tiba-tiba, pelajar tersebut mendapat 47% lah katakan, markah carry mark dicampur markah peperiksaan akhir. Markah lulus ialah 50%. Patut tak tuan-tuan dan puan-puan fikir jika pelajar tersebut di'push' kan supaya jadi 50, untuk melayakkan dia lulus?? 

1 comment:

  1. saya pon was2 la ngan kualiti graduan negara kita skrg...from certain IPT la...sbb saya pernah dengar dgn telinga saya sendiri..this one guy, upah orang buat assignment dia...and I was like...wtf? supposenye ur assignment, u la yang buat...ni siap upah lagi org buat. and bukan dia je..malah most his coursemates buat gitu...and I mula ragu2 ngan quality graduan dari U itu....

    ReplyDelete