Monday, May 3, 2010

.: Some pics from KIPA in April 2010

Setelah hampir seminggu balik ke rumah, baru lah saya berpeluang untuk menengok-nengok gambar sepanjang perkursusan saya di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 11 April hinggal 27 April 2010. Jadi, ini lah dia para peserta kursus kepimpinan instruksional dan pembangunan andragogi yang didatangkan dari politeknik-politeknik seluruh Malaysia... semenanjung dan juga borneo. Ni semua para pensyarah politeknik yang belum mempunyai sijil ikhtisas. Jadi kursus KIPA ini dirangka bagi memenuhi keperluan untuk para pensyarah belajar bagaimana menjadi pensyarah berkesan.

Di barisan depan, ialah mainboard KIPA, org2 kuat IAB... antaranya ialah Encik Aznan Abdul (Pengurus KIPA), En Rusli, para TOT..Kak Lia tersayang... PEnghulu dan Datin kelas kami En Azray dan Cik Zariah yang cool. Saya mana? Tuuuu naaaaa..... barisan ke2..cari la.

Ni saya bersama Pn Suriya. Posing depan Institut Aminuddin Baki. Pn Su adalah rakan setiduran sepanjang kursus ini.. hehehe..tanpamu, malam-malam ku takkan lena..huhuhu
Inilah tempat duduk kami, siap ada nama. Tapi, ada sekali tu lecturer panggil saya "Kasma"..hehehe... terpaksa lah saya jadi Kasma untuk 1 jam tersebut.

Depan kelas kami boleh nampak Genting City. Huh, memang menggamit lah! Akhirnya, minggu ke 2 di sana kami naik juga ke sana. Nanti ada kesempatan, saya akan buat entry khas di Genting Hihglands pula.

Ni gambar kat tangga depan bilik asrama saya. Kenapa kasma kau ambil gambar aku tidur aa??? Takpa lah, ini je satu-satunye gambar yg nampak balai islam kat belakang tu. Pejam pun pejam laa....

Ni geng saya..geng makan, geng lepak...geng jalan. Pn Suriya dan Cik Kasma.. Ada sorang lagi geng yg asik lupa kawan..si Edy..heheheh. Nanti la saya upload gambar En Adrian Ang pulak lenkali.

Hasil dari kursus ini, byk ilmu tentang perguruan yang telah ditimba. Dan dari kursus ini juga saya berjaya mengarang karangan ilmiah sebanyak 20 muka surat. Karangan tersebut telah mempengaruhi gaya penulisan saya di entry ini. :p

No comments:

Post a Comment