Wednesday, May 5, 2010

.: Solat dan tenaga warna alam... satu rahsia tersingkap

satu perkongsian pembacaan ...

Jika diamati, alam ini disimbah dengan warna-warna temanya mengikut masa-masanya. Perubahan warna-warna alam terjadi kesan simbahan cahaya matahari, biasan gas dan udara serta pelbagai unsur lain yang wujud dalam sistem solar. Jika anda amati, mood gambar adalah berbeza ketika disnap kala subuh, kala tengahari, petang, atau malam. Ini semua adalah kesan simbahan warna alam tersebut.
Perubahan warna alam adalah bertepatan dengan waktu solat yang disyariatkan dalam Islam, iaitu solat wajib lima kali sehari semalaman, bermula dengan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. Tidak ketinggalan solat-solat sunat seperti Isra', Dhuha, dan Qiamullail. Warna alam adalah dalam kedudukan paling optimum pada awal perubahan waktu solat..iaitu pada ketika azan dilaung. Itu lah sebabnya kenapa solat di awal waktu adalah yang paling afdal, dan paling berkesan.

Solat adalah satu aktiviti kerohanian, saat hanya ada kita dan Dia. Hanya ucap-ucapan dan jawab-jawaban kita dan Dia. Tiada lagi kekacauan dunia yang harus ikut serta. Jika dilakukan dengan khusyuk dan tertib serta toma'ninah, solat membangkitkan ketenangan optimum, kerehatan fizikal dan mental serta kekuatan akal fikiran, rohani dan jasmani. Penyatuan rohani dan alam berlaku tatkala jasad menyembah Dia yang satu dan hati hanya terhipnotis padaNya yang Esa. Satu penyerahan yang holistik.
Kala subuh, alam berada dalam simbahan spektrum biru muda. Spektrum yang berfrequensi bersamaan dengan frequensi tiroid, yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mereka yang bangun di awal subuh dan menunaikan solat dengan tenang dan khusyuk akan mendapat manfaat kesihatan tubuh dan akal fikiran, celik dalam komunikasi. Kerana ketika solat, jasad dan roh akan resonan dengan frequensi spektrum warna alam. Alangkah malangnya bagi mereka yang terpisah jasad dan roh, lena diulit mimpi, kerana tidak mendapat tenaga ini untuk memulakan hari. Mana mungkin tenaga alam ini dapat diserap tika roh tidak aktif dalam jasad. Jadi, bangunlah, aktifkan roh dan bersatu dalam jasad..solatlah di awal subuh...
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah reproduktif, ketidaksuburan, usahakanlah untuk bersegera bersedia untuk solat asar..dengan tenang dan khusyuk. Lupakan seketika urusan dunia, takkan habis juga dalam masa satu jam sebelum habis waktu kerja bagi mereka yang bekerja pejabat.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .



Wallahualam

No comments:

Post a Comment