Saturday, May 22, 2010

.: Seminar Mekap Puspanita 2010

Pagi Sabtu yang aman lagi ceria ini, saya dan beberapa rakan-rakan ahli Puspanita PKK Sabah telah menghadiri satu seminar tentang cara-cara mekap.

Seminar bermula pada jam 10pagi. Saya tak pasti jam berapa habis sebab saya balik awal, pada jam 2 petang kerana teringat budak-budak kat rumah dengan ayah mereka sedang buat apa la mama diorang pergi seminar kecantikan ni.

Pada seminar tersebut, saya rasa, perkara paling penting yang saya belajar ialah akan peri pentingnya concealer untuk menyamarkan segara parut marut dan cela-mela yang ada pada wajah kita ni ye puan-puan semua. Concealer ni puan-puan, rupa-rupanya tool asas yang amat penting untuk menampakkan wajah yang ceria bebas dari dark circle. Tengok semua artis-artis cantik aje kan, tak ada pun yang mata lebam. Semua artis ni bawah mata mereka nampak cerah je. Rupa-rupanya, concealer punya kerja le tu.

Pada seminar ini, saya telah belajar macam mana nak apply concelaer terutamanya pada bahagian bawah mata saya yang dah ala-ala beruang panda ni. Memang mata saya lah yang paling lebam antara semua peserta seminar tadi ye puan-puan. Punya la susah nak conceal lebam mata saya ni. Orang lain pakai concealer kaler kuning je, saya ni kena blend pula dengan concelaer yang kaler natural lagi puan-puan. Punya lah degil.

Masa bab pakai concealer tu, hampir-hampir saya putus asa tak mahu teruskan usaha saya untuk me'mekap'kan diri, sebab tiba-tiba dah nampak macam bapuk tau. Uhuhuhu... Kelabu asap mak, nyah!

Tapi dipujuk oleh Miss Ween dan Miss Celina (guru mekap), dia cakap nanti dah siap, cantik la. Ahahak.

Kami belajar cara mekap untuk siang hari yang mana lebih natural, dan mekap untuk function malam, yang mana lebih garang dan terang. So girls out there, smokey eyes only for night function je tau!

Saya rasa amat kagum sebenarnya dengan kawan-kawan yang hadir ke seminar tu. para peserta diminta bawa sendiri alat mekap masing-masing. Kagum betul menengok set mekap kawan-kawan tadi. Dengan palet eyeshadow segala warna luna, segala jenis eyeliner, siap lipliner, dengan blusher segala tona..aduhai... foundation segala. Hmm... dibandingkan dengan saya yang hanya ada bedak, lipstick sebatang dan eyeliner baru beli untuk hadir seminar ni, hihihi. Dulu zaman belajar degree, saya memang ada juga koleksi beberapa warna eyeshadow,blusher, mascara dan percussion2 yang sewaktu dengannya tu. Sekarang ni mood nak berbelanja ke arah mekap dah menurun. Tu pun dah cukup nasib baik nak juga saya beli lipstick sebatang. Beli lipstick tu pun cekau sambil lalu on the way ke bahagian pampers anak. Cukup le tu. Lipstick pada saya sangat penting kerana ia menambahkan lagi value professionalisma sebagai seorang pensyarah dan penjawat awam. tak ada lah pucat lesi je pegi kerja. Blusher pun okey juga calit sikit. Cuma, eyeshadow tu macam tak perlu je, sebab saya ni specky. calit lah smokey eyes pun, bukan effect pun.

Bila saya balik je ke rumah dengan bermekap ala nak gi dinner, suami saya yang gigih menjaga anak-anak agak kaget melihat saya. Beliau seraya memuji saya.."wah................... kelabu...!"
Abang ni nak kena ni. Beliau tak tau betapa pedihnya muka saya ni especially tang mata ni kena genyeh dengan mekap. tak apa lah, beliau memberi komen dengan ikhlas. Dah cuci nak solat tu, saya rasa, wajah asal saya natural tanpa mekap lagi cantik lah. Perasan pulak saya kat sini.

Eh, kenapa saya tak masukkan gambar ye? Saya sedang menunggu kalau2 sahabat blogger saya si babySu nak upload gambar dari camera dslr beliau yang berjenama canon itu. komfom cantik punya. ye, saya ingin mencilok gambar dari camera beliau. harap-harap beliau ada men'snap' shot-shot menarik dan tak censored ye.

No comments:

Post a Comment