Thursday, May 20, 2010

.: Perpindahan... The Dilemma

Kepada family dan beberapa rakan terdekat dan jauh pasti sudah mendengar cerita basi yang kami sekeluarga mungkin akan berpindah pada Jun/Julai ini.

Pada perkiraan kasar saya, saya rasa saya sekeluarga akan pindah ke Politeknik Muadzam Shah Pahang, kerana, begitulah seadanya dimaklumkan oleh puan kat putrajaya tu.

Setelah digoogle, diselidik, ditemubual serta disiasat dengan kaedah kajiselidik yang lain, dapatan kajian menunjukkan bahawa, Politeknik Muadzam Shah ini bukanlah suatu tempat yang agak urban bagi kami sekeluarga.

Namun, demi keluarga nun jauh di semenanjung, hutan ke kampung orang asli ke, kami turutkan aje. Pindah ler jugak, asal di semenanjung.

Persoalan untuk membiasakn diri kami sekeluarga dengan tempat itu nanti perkiraan kedua.

Masalah yang paling utama kami fikirkan sekarang ialah, proses perpindahan tersebut.

Bagaimanalah saya dan suami bersama 2 si kecil kami ini akan mula tiba di sana. Di manakah tempat untuk kami sampai setibanya di tempat kejadian. Manakah tempat dituju???

Untuk sampai ke tempat kejadian iaitu Poli Muadzam dari KK, kena naik flight ke KL. KL ke sana nanti tak ada flight dah. Jadi, option nya kena naik bas atau teksi, ikut keadaan. But i prefer taxi to bus. Dah tiba kat sana nanti, mana lah kami nak duduk? Kalau ada hotel, boleh check in barang semalam dua sebelum jumpa rumah. Ha, lepas tu, bermulanya episod, nursery mana nak cekau bila dah daftar diri nanti.

Plan B nyer, dari KK, balik KB dulu. Apa-apa hal pun, pergi ke Muadzam dari KB. Itu memerlukan kami untuk bercuti atau mengambil cuti dulu. Tapi susah juga. 2 kali kerja. nak ngangkut barang yang sama juga. KB ke Kuantan tak dak flight kan? So, kena naik bas le pulak kalau tak dak siapa nak hantar. Perlu diingat, pada masa tersebut, kereta sedang berada atas kapal. So, patah kaki sekejap.

Anak-anak, apa pun terjadi, mereka akan tetap bersama kami. Chalo bete...!

3 comments:

  1. ok.. saya suggestkan apa kata en cdiq ambil cuti 2 3 hari pergi ke sana utk uruskan tempat tinggal (klu nk cari rumah sewa), survey nursery/penjaga utk 2 si kecik tu. dan juga menguruskan hal2 la. so bila pindah nnt at least cdiq dh tau hala tuju dan apa2 yg boleh dibuat. klu dh pindah br nk survey susah skit sbb ada anak2 kecik kan.. psl pengangkutan y not pos je awal2 setakat di poly ni nk pinjam kete pegi beli lauk ke nk panjat 1B ke boleh je kami bagi pinjam lgpun bln 6 nnt kami cuti 2 minggu. So kami akan tinggalkan kereta dgn jiran hehe.. :p

    ReplyDelete
  2. bukan ke transpot bwk naik flight skl ke??so, bile smpai siap dgn kete2 dh tggu kite skl..cuba tnye semula admin n sape2 4 more info..p/s: aku pn xtau kt mane dodoknye PMS tu..huhu tau drp atas kertas jaa

    ReplyDelete
  3. dimana ada kemahuan. disitu ada highway! haha.. terikut2 ngan adnan sempit lak.. xpe farah. InsyaAllah dipermudahkanlah segalanya.-isma

    ReplyDelete