Monday, May 24, 2010

.: Menjenguk pelajar menjawab exam

Pagi Isnin yang indah lagi ceria ini, para pelajar saya sedang menduduki ujian akhir semester di semester terakhir mereka di PKK bagi subjek yang saya ajar. Rasa-rasanya, sudah berlebih-lebih tips yang diberi. Namun, semalam, henfon saya dibanjiri dengan sms dan misscall daripada para pelajar2 saya. Ada yang masih bertanyakan hint-hint soalan, ada juga yang minta didoakan mereka agar dipermudahkan menjawab exam. Ye, pelajar-pelajar sekalian, saya sudah doakan anda semua semoga anda semua pass tak ada yang repeat lagi paper saya ni ye. Tak kuasa dah saya nengok korang lagi..hihihi. Lagipun sem depan saya dah nak pindah.. hehe...

Sebagai pensyarah mereka yang amat dedicated sgt, saya telah berkesudian untuk menjenguk mereka nun jauh di dewan raflesia sana, walaupun jarak yang agak jauh lebih-lebih lagi jalan dalam telah ditutup, saya gagahi juga meredah sinaran mentari pagi yang membara, merentas dan terpelocok pula kasut yang baru beli semalam ni di dalam rumput-rumput panjang. Jalan lah saya seorang diri. Sesampai di sana, mencari-cari kelibat student saya. Rupanya, kat depaaaaan mereka duduk. Oh, maka terpaksa pula saya meredah dewan yang padat dengan kerusi dan meja yang kekadang boleh memakan kain baju saya ni. Ada meja yang agak cacat finishing tu telah memakan dan menarik benang baju-baju saya sepanjang saya mengawas di dewan tersebut dek kerana jarak yang terlampau dekat antara pelajar depan dan belakang. Jadi, memandangkan hari ni saya mengenakan baju yang agak vogue dan mahal pada perkiraan saya, saya extra berhati-hati.

Sepintas lalu, saya telah menjenguk beberapa jawapan pelajar yang agak menyenangkan hati. Huh, senang hati saya. Tetapi ada juga saya jumpa pelajar yang seperti tidak memahami soalan. ye lah kan, takkan soalan dan memahami dia. Saya cuba membantu beliau memahami soalan. Alhamdulillah. Masalahnya pula, bila dah faham soalan, jawapan dia tetap juga salah. Duh... tak dapat lah saya membantu lagi. masaklah ko...

Ada pula part soalan True/False. Saya nampak dia jawab True, tetapi jawapan sebenar dia False..dah itu je pilihannya kan... Maka, saya cuba tanya dia balik, pernyataan yang diberikan tu betul ke?? Dengan yakin dia menjawan..TRUE.....! Sah, memang sah budak ni mempunyai self-confidence yang tinggi dan tak mudah goyah pendiriannya. Huhuhu..... Makanya, kalau begitu kekdahnya, maka sekali lagi saya pasrah.

Ada jugak kureng asem punya budak panggil saya ke tempat dia semata-mata nak saya tolong pinjamkan kalkulator dari kawan sebelah..alkisahnye... Dah saya tolong dia pinjam kalkulator dari kawan sebelah tu, alahmak, aiiihhh... tak pandai pulak guna kalkulator. Tak reti lagi nak tukar mode kalkulator. Sudahnye, tak pandai la nak kira nilai binari ke decimal. Suh guna kaedah manual, lagi tak reti. Ni yang aku rasa nak nyanyi intro lagu Mayang Sari..."sia-sia sudah...."

Jadi sekarang saya sedang rilek-rilek dulu. Sebab nnti jam 10.30 saya nak ke unit exam ambil paper mereka dan mula menanda.

No comments:

Post a Comment