Friday, May 21, 2010

.: Masih mengharap keajaiban..

Aku masih berharap..ye..aku masih berharap agar salah satu dari politeknik yang aku minta dalam borang tu, dapat laaa.....

Sekiranya tidak dapat, maka, aku tetap berharap agar harapan utk ke Muadzam Shah tidak ditarik balik.

Sekiranya terang lagu bersuluh sampai surat pindah, maka akan saya kirimkan suami saya untut survey dulu keadaan di sana. Sediakan apa yg patut, rumah, perkara asas untuk setibanya kami di sana. Ye Halen, thanx, u confirmed my early planning. Terima kasih juga untuk sahabat-sahabat saya di ofis, Su dan Intan H kerana sudi berkongsi kerisauan saya dan mencadangkan idea-idea bernas walaupun tak komfom pun lagi aku pindah ke tak ni...... tidak lupa juga Caroline dan Diyana yang nampak sedikit gusar akan kehilangan member ofis depan meja. hihihi..

Tentang barang-barang, especially kereta, memang sangat berharap agar semuanya dapat sampai at least in 3 days time. But what can I do, only me flying. They all swimming across south china sea. Kurang-kurang 2 minggu juga la kena tunggu. 2 minggu??? Takkan nak basuh kain hari-hari pakai tangan? Oh, kasar tangan mak, nyah!! 'Terpaksa' la beli mesin basuh baru ye. Alang-alang baru, up sikit ye kapasitinyer ye bang...

I heard that car also can fly. Tapi dari pengalaman rakan-rakan yang telah berpindah dari Sabah nan tersayang ini, semua naik kapal laut je. Ada juga saya mengushar pada suami saya agar ditanyakan macam mana nak pos kereta pakai kapal terbang ni. Ye lah, kereta memang satu keperluan amat penting bagi orang-orang yang berkeluarga ini. Andai kata kereta saya tak dapat terbang, tu nak kena adjust juga cari kereta sewa.

Sempena Jumaat yang berbahagia ini, tiba-tiba saya rasa sudah hilang dilema yang menghantui saya semalam. Mungkin berkat mencurahkannya di sini dan doa-doa semua orang. Yang paling saya happy, my wonderful mommy will wait for us at the airport and get us to that jin bertendang Muadzam Shah. So, at least we have somebody there accompany. Takdak lah sebatang kara lipotey lipotey..hehe.

Apapun..aku masih berharap.. PKB, Polisas....PTSB...... dtglah padakuuuuu..... Datanglah... Ku seruuuu.... huhuhuhu...

3 comments:

  1. insyallah.. doa la byk2 mana tau last minit keajaiban berlaku hehe..
    klu pindah polisas nnt ble la kita jd jiran skali lg hehe.. tu klu umah dekat la.

    ReplyDelete
  2. myvi n pajero available!

    -ray-

    ReplyDelete
  3. ray... offering something that u need most is so sweet of u! thanx a lot!

    ReplyDelete