Monday, May 3, 2010

.: Jalan-jalan main-main di Genting highland

Ola... seperti yang telah dijanjikan..inilah dia entry khas tentang perjalanan saya bersama kawan-kawan ke Genting Highlands ...kota keriangan.. tak riang sgt pun, sbb asik teringat si Maryam dan Wafiy je

Kami ke sana pagi-pagi lagi lepas subuh, dah breakfast kat Dewan Makan asrama Institut Aminuddin Baki lebih kurang jam 8 am, terus call En Abdul Hadi, warden asrama, minta hantar ke Genting Skyway yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan. Pagi tu, sungguh sejuk dan dingin, berkabus gitu..biasa la Genting kan.


Masa ni, Pn Suriya sangat menyesal tidak membawa gebar yang dipaw dari kapalterbang MAS nya. Terpaksa la pakai sweater yang abg Mas beli jer...

Ha..Cik Kasma sedang berjalan ditengah kesibukan malam. Actually, ni still siang hari, tengahari...tp nampak mcm malam.
Mingung apa orang tua hijau nih tunggang motor pulak dia. Bukan ker sepatutnya dia tegak je ke?

Akhirnya, setelah lenguh kami keliling Eropah, kami tiba lah ke Paris pulak, singgah sat kat Eiffel Tower. Ewah, tengok kaki Cik Kasma tu..posing ala model Levis pula ye.



Ni actually, gambar mula-mula disnap setibanya kami ke kota keriangan yg takde la riang sgt pun. Walaupun kasma pertama kali tiba ke sini, dia cool je. Naik roller coaster, corkscrew tonggang terbalik pun dia maintain je. Saya? hmm..ada la sekali saya maintain cool masa terpaksa naik corkscrew duk sebelah mamat hindustan. Serius tak dak feel naik dgn orang tak dikenali yang berbahasa asing pula. Nak jerit-jerit pun masih boleh berfikir "kang aku jerit kang  mamat nih cakap apa lak...control cool ja la.." walaupun aku sangat serius berdebar dan takut. Ha..main lagi..sapa suh main???
Lukisan bunga ini sangat mnambat hati. Apakan daya, org yg snap gambar ni snap separuh ja. Mana lagi lawa? Saya ke bunga tu? Okey tak payah jawab.
Disebabkan saiz kami yang tidak sesuai, maka jadi la kami pramugari gondola aje. Jemput masuk....

Though i never got roses, i fancy roses so much. Hm..ada la pnah dpt sekali dua..bestnyer kalo dpt roses.... hmm...

No comments:

Post a Comment