Thursday, May 27, 2010

.: Pesta Keamatan 2010

Siapakah Unduk Ngadau (Ratu) 2010??
Wah, esok dh cuti..sungguh bahgie...hihhi..

Esok Cuti Hari Wesak... kemudian Isnin Selasa sambung lagi Pesta Kaamatan..yabedabeduuu...

Dikesempatan cuti ni, kami nak round round KK dan Sabah lagi sebelum kami chowcincauuu pindah ke semenanjung.

Hujung minggu dah ada program. Kami semua akan memenuhi undangan walimatul urus teacher taska wafiy, Teacher Rasma Taukal. Selamat Pengantin baru ye Ras... Insya Allah kami datang.

Lepas tu, saya juga bercadang untuk membawa anak-anak pergi menonton wayang 3D, cerita Shrek di Suria Sabah. Wah...bestnya. Ni mak nya yang excited lebih.

Di samping itu, saya juga bercadang untuk mengemas barang-barang ke dalam kotak. Nanti tak lah saya kelam kabut pula kemudian hari.

Babah ada mencadangkan untuk berkonvoi bersama Jimmy dan familynya ke Miri, Sarawak dan juga Brunei. Cadangan yang agak bagus. Itu masih dalam pertimbangan kerana melancong ni makan duit banyak juga. kami kena simpan cash juga untuk berpindah. So, let's check our budget first lah.

Ok, geng bas sekolah ajak breakfast. Pen off!

No comments:

Post a Comment