Saturday, May 22, 2010

.: Berat ku naik banyak...

Semenjak balik berkursus..berat badan ku menjadi-jadi. Adakah kerana senang hati? Atau susah hati? atau tension? Atau metabolisma semakin menurun akibat usia meningkat? Tua dah aku ...

Jadi, untuk mengelakkan badan ku mendebabkan diri kerana sesungguhnya amat tidak sesuai oleh mereka yang kurang ketinggian ni, I must do something. Ye, option yang paling selamat untuk aku ialah melakukan senaman.

Masalahnya, asal maghrib je, mata saya akan menjadi sangatlah berat.. rasa nak tido time tu jugak. Bila dah melepasi jam 10 malam, baru lah nak segar balik. Jadi, usaha untuk bersenam dengan mengayuh basikal tak kemana-mana tu selalu aja terbengkalai. Nak mengayuh pagi, sangat lah sibuk. Dengan nak masak, sediakan beg budak2, bersiap gi kerja dan lain lain lagi. Nak mengayuh petang, oh tidak. Petang di Sabah ni tersangat lah singkat. jam 6 dah senja. Budak2 main kat playground tak sempat berpeluh dah bergegas kena balik sebab dah nak maghrib.

So, berbalik kepada tajuk asal, bab berat badan naik, saya akan usahakan juga agar saya dapat luangkan 3 kali seminggu masa 30 minit untuk bersenam. Bila usia dah nak dekat pangkal 3 ni, stamina, kesihatan, kecergasan mesti mau jaga. Mesti maintain...( Nazri, 2010)

Ada kawan mencadangan agar mengambil minuman coco collagen. Untuk kecantikan kulit kan tu? Saya ada juga mengambil supplement untuk kesihatan sendi yang hari-hari duk memanjat tangga 4 tingkat ke ofis. Di samping itu saya juga mengambil spirulina untuk memastikan saya cukup zat, sbb saya tidak yakin dengan kualiti sayur yang saya makan. Betul ke bagus minuman campuran cocoa collagen tu? Tak ada side effect ke?

No comments:

Post a Comment