Monday, May 24, 2010

.: Ada aku kesah???

Ye, saya suka ayat yang menjadi tajuk entry kali ni. Ni sebenarnya tagline favourite seseorang yang saya kenali tidak lama dulu.Tak perlu cerita tentang beliau ye.

Ayat "ada aku kesah" ni sesuai untuk melegakan ketegangan fikiran bila mana berdepan dengan situasi yang bukan favourite. Ia seumpama ayat untuk meningkatkan self-esteem kita..ehehe, ye tak?

Ayat ini juga amat sesuai kita kenakan kepada mereka yang suka menyalahkan kita yang memang salah. Jadi, setelah kita membahasakan orang tersebut dengan "ada aku kesah?", secara tidak langsung kita melupakan seketika apa yg sebenarnya bersalah, sementara kita mengumpul segala tenaga untuk mendepani permasalahn tersebut. Tetapi adalah disarankan supaya ayat keramat ini tidak dibahasakan kepada mereka yang lebih berpangkat dari kita ye tuan-tuan dan puan-puan, nanti SKT anda semua dapat below 80%, anda juga yang naya. Elok-elok nak dapat pindah, kena tarik balik pula. Jadi, sekiranya rasa nak meluahkan juga ayat keramat ini, perlu lah dilakukan sekadar niat atau di dalam hati sahaja. Itu sudah memadai dan lebih afdal.

Kadang-kadang, kita juga berdepan dengan orang yang suka berdolak-dalik, suka mengencingkan kita dan suka berahsia tak bertempat. Malas tau nak layan. Buat sakit hati. Jadi, pada saat ini, adalah sangat sesuai untuk kita berkata "Ada aku kesah???". Maka kita telah berjaya menyelamatkan diri kita dari menjadi busybody hal orang lain. Biar lah mereka dengan dunia mereka kerana sememangnya, ada aku kesah???

Jadi kesimpulannya, dalam dunia ni terlalu banyak perkara yang remeh temeh, tak kurang juga perkara yang penting ting ting. Pandai-pandai lah kita 'moderate'kan diri kita. Tak perlu kita pening-pening fikir perkara yang tak tercapai akalmu bak kata elyana tu... tak perlu juga kita tolong fikir untuk orang lain,dan tak perlu juga fikir apa orang lain fikir tentang kita, kerana..ye..kerana..ada aku kesah???

No comments:

Post a Comment