Monday, March 22, 2010

.: Kembali ke Kota Kinabalu

Alhamdulillah... kita telah kembali semula ke Kota Kinabalu, meneruskan semula rutin harian kita.

Percutian selama 8 hari (termasuk 2 hari perjalanan) di Kota Bharu kali ini tidak banyak beza dari percutian sebelum ini.

Seperti biasa, kita bercuti lebih lama di rumah Tok Ummy. Di rumah Tok Ma semalaman cukup la. Memandangkan kita pun tidak ada kenderaan sendiri, mengharapkan kereta MummyNa aje. Tunggu la bila kita dah pindah semenanjung, ada kereta sendiri, kita boleh pergi mana saja sepuas-puasnya.

Aktiviti harian sgt padat. Tu pun byk aktivii yang dirancang terpaksa dicicirkan oleh kerana kekangan keadaan.

Sabtu pertama:
Tiba di Kota Bharu. Di jemput oleh Tok Ayah, Tok Ummy, MummyNa, Mummy, dan Daddy serta Harris. Kemudian di bawa ke rumah Tok Ummy di Berek 12.
Malamnya, ada buat kesyukuran di masjid Kadok, kampung Babah, sempena adik Babah, Uncle Shery telah lulus bawa kapal terbang.. Alhamdulillah. Esoknya, pagi-pagi lagi Uncle Shery akan berangkat semula ke kemnya. So, malam tu jugak Babah, Mama, dgn meminjam MyVi MummyNa pergi ke rumah TokMa d Kadok, utk bertemu Uncle Shery, membawa bersama Wafiy dan Maryam. Walaupun masing-masing penat yang amat, bila lagi nak jumpa uncle shery kan? Tapi, kami semua tak bermalam, terus balik tidur di Berek12.

Ahad:
Hari Ahad di Kelantan adalah hari kerja. So, semua org pegi kerja. Tinggal Mama, Babah, Tok Ummy yg dh pencen saja di rumah bersama-sama Harris, wafiy dan Maryam. Aktivitinya harian di berek 12...
Pagi... Tok Guru mengaji Quran akan dtg rumah. Tok Ummy akan mengaji sambil jaga Harris. Babah ada, boleh tlg tgk2 budak2 juga, sambil mama jaga Maryam.

Isnin:
Aktiviti lebih kurang macam Ahad juga. Cuma ptgnya, Mama, Babah, Wafiy dan maryam pulang ke Kadok pulak. Kali ni bermalam. Di Kadok, Tok Ma tak sihat. Kena Chikugunya. Lembik semua sendi. Bengkak kaki Tok Ma. Tapi Tok Ma masak sup ayam utk Wafiy dan Maryam. Malam tu, TokMa dah sediakan bilik, tapi semua tidur kat luar saja dalam kelambu. Sejuuuukkkkk.... Pagi2 terus balik ke Berek 12, sebab Tok Ummy ada kenduri kat rumah kawan dia.

Selasa:
Jam 12, pergi kenduri umah kawan Tok Ummy. Wafiy dan Harris sgt seronok main kat rumah kawan Tok Ummy yang ada sarang burung besaaar. Syok la berlari-lari. Mama pulak berhempas pulas dengan Maryam yg dah tak selesa dgn keadaan panas tmpt kenduri. Apasal la aku ikut???
Habis kenduri, Tok Ummy suh pulak babah bawa pergi pasir Puteh, nak jumpa Mok Besah, mak kepada Tok Ummy. So, sempat solat kat kedai tok ayah jap. pastu gi Kg Pdg Pak Amat, kampung Tok Ummy...jumpa Mok Besah. Masih sehat, boleh buat lawak lagi. Pastu berkejar pula nak ambil MummyNa habis kerja kul 5pm. Sorry la MummyNa, lewat ambik sikit.
Malamnya, semua kepenatan. Maryam pun kelaparan sebab tak jumpa bubur nasi seharian. Kesian sungguh. Mama kena ikut saja plan Tok Ummy. So, malam tu tidur awal la semua.

Rabu:
Mcm biasa, paginya, Mama tumpang mengaji dgn Tok Guru Tok Ummy, namanya Kak Jah. Betulkan bacaan dan refresh balik ilmu tajwid. Walaupun ilmu setinggi mana pun, kita tak boleh riak... mesti kena perbetulkan from time to time. Tengaharinya, Tok Ummy ajak pegi umah Makcik Leha, adik tiri Tok Ummy yang baru kematian suami. Makcik Leha ada kedai jual bundle. SO, mula2 sesat cari kedai bundle. Tok Ummy dh naik bengang bila pusing-pusing jalan tu asyiik tak jumpa. Tanya org sekeliling tu pun tak kenal mercu tanda yg Tok Ummy cari. babah lagi la tak pernah pergi. Tanya Mummy pulak, Mummy bz. Nak tanya byk, kang kena marah. So, meraba la cari kedai bundle tu. Akhirnya, dh tanya org kat tepi jalan, baru jumpa. Makcik Leha takdak kat kedai, so kitorg pun pegi la ke rumah dia yg terletak kira2 20 minit perjalanan.

Sampai sana dah jam 2. Cakap2 sekejap, budak2 pun dah puas berlari-lari... kami pun beransur balik. maryam pun dah lapar.

Balik umah Tok Ummy dah 3.30pm.

Babah pulak dah janji nak jumpa adik babah yg no 2 pulak, baru sampai dari Ipoh. So, ptg tu dah bgtau Tok Ummy awal2 nak ke Kadok. Kesian jugak kat babah... serba salah dia nk balik kampung dia. So, balik la sekejap. Bukan selalu dia dpt kumpul 3 beradik. Tu pun Uncle Shery dah bertolak dh sebelum tu. Malam tu dah jumpa Uncle Shimy (Abi), terus balik Berek 12. Sempat jugak Tok Ma masak roti jala.

Khamis:
Hari ni dah semput2 dah, tinggal lagi 2 hari sebelum nk balik KK. Babah kena settle jugak pasal tanah yg baru beli tu. Pagi tu sempat lagi basuh kereta MummyNa dgn Tok Ummy. Tumpang kereta orang, kena la pandai-pandai. So, lepas ngaji Quran, Mama dan babah cepat-cepat ke bandar KB, bawa Wafiy dan maryam bersama. Sampai di bandar, kami berpecah. Babah ke pejabat tanah, bawa Wafiy. mama pulak pegi cari barang-barang yg nak dibeli bawa ke sabah... menggendong maryam bersama. Jam 1.00 tghari, kami jumpa semula..dan pulang balik umah Tok Ummy.

PapaSu dan AbahYu juga ada di rumah. Wafiy sempat bermanja dgn AbahYu dan PapaSu. Masing-masing sempat la mandikan si Wafiy ni sekali sorg masa Babah tak ada. Jadi la kan, Wafiy. nak manja lebih-lebih, diorg semua bz.

Jumaat:
Hari Jumaat, sepatutnya semua org ada kat Umah. Tapi nampaknya semua bz. So tinggal la mama dan babah dgn Tok Ummy dan MummyNa..membersihkan kawasan sekeliling rumah Tok Ummy yg kelihatan seperti rumah ditinggal orang. Kesian jugak tgk Tok Ummy dgn kudrat tak seberapa duk bersihkan longkang belakang rumah.

Tengaharinya, Tok Ummy nak jugak suh bawa dia gi KBMall, katanya nk belikan baju utk Maryam. So, dgn kesuntukan masa org nak g semayang jumaat, kami cpt2 pegi quick-shopping. So, dpt la gaun selai, dgn baju overall sepasang dgn t-shirt. Thanks ya Tok Ummy.

Malamnya pulak ada majlis doa selamat kat kampung babah. Ptg lepas solat Jumaat lagi Uncle Shimy dah amik babah ke Kadok. So tinggal la mama sorg mengasuh WAfiy dan maryam. di bantu oleh MummyNa. SO, malam tu mama mengemas la beg semua. esok pagi2 buta dah nak naik flight. babah pulak jam 11 malam baru sampai. Nasib baik juga ada org hantar babah balik umah Tok Ummy. Kalau tak, mau mama kena pulas stereng gi amik babah..hihi.

Sabtu:
Berakhirla percutian yg sarat dgn pelbagai cerita ceriti yang agak berat jugak dgn enjin mental dan fizikal aku tuk terima. Namun begitu, aku seronok dapat ,melihat wajah-wajah yg lama aku tak tgk.

Keluar umah Tok Ummy jam 7.30 pagi..sampai di KK jam 6ptg. Tiba di rumah di POliteknik Kota Kinabalu dgn selamat pada lebih kurang jam 9.30 mlm. Maryam lapar sampai nak makan serba serbi. mama suap nestum, baru la dia nyenyak tidur.

Ahad di Poli:
Hari berehat.... dan ptgnya kemas rumah yg dh bersawang walaupun baru seminggu ditinggalkan. Anak-anak pun ketiduran semua..mmg penat tul.

No comments:

Post a Comment