Monday, January 4, 2010

.:Trip to Sandakan:.

Alhamdulillah, kami telah selamat balik dari percutian yg amat menyeronokkan dan memenatkan. Percutian bersama keluarga Pakku.

Mama, babah, wafiy dan Maryam, disertai oleh Pakku, Makku, Aleya dan Zikry telah bertolak dari rumah di kuarters politeknik Kota Kinabalu ke timur Sabah pada jam 28 Disember 2009, 9.00 pagi. Dua buah kereta ja, MyLivina Babah dan MyVi Pakku.

Mama dan Makku dah siapkan bekal dah. Perjalanan melalui pekan Kundasang di kaki gunung kinabalu, so dapat la tgk gunung Kinabalu sepanjang perjalanan pagi tu. Kundasang sgt la sejuk, jadi semua org sudah lapar... Lunch time, kami tiba di tempat ikan kelah, atas sikit dari Pekan Ranau dan Poring. Tapi, ramai pula pelancong2 yg nak gi tempat ikan kelah gigit2 kaki. So kami naik sikit ke Ladang Teh Sabah untuk berkelah menikmati juadah makan tengahari yg telah dibawa. So, perjalanan berhenti rehat selama lebih kurang 1 jam setengah untuk R&R.


maryam dan mama ketika mula sampai di Sabah Tea Farm untuk berhenti makan


Maryam rileks dulu sementara mama dan babah santap




wafiy jaga adik ye..mama makan dulu


sesudah makan dan solat jama' taqdim dan tukar diapers anak2, kami meneruskan perjalanan pada lebih kurang jam 2 ptg. lupa pulak nak snap gambar masjid tempat kami berhenti rehat. masjid dekat ikan kelah tu. siap ada org jemur2 baju dalam kat pagar masjid. x senonoh!

Perjalanan berjalan lancar, sehingga hampir nak masuk bandar sandakan, agak sedikit jem. Rupanya ada accident kat depan. Tp situ agaknya mmg selalu jem pun. Mama yg kepenatan bersama anak2 sudah mula tersengih, setelah sekian lama berkelana, akhirnya nampak juga bandar dgn bangunan2. Rumah2 di Sandakan boleh tahan juga besarnya. So, we reached Sandakan late in the evening of our 1st day trip.

Sampai je Sandakan, kami disambut oleh pintu gerbang welcome to Sandakan, dan sedia tersergam Hotel Tyng Garden yg sungguh indah setelah sekian lama duk nampak hutan ja menggamit kami yg sedia kepenatan.


Inilah dia Tyng garden yg dikelilingi oleh outlet-outlet menarik..ada spa, ada butik baby, aussino pun ada, tidak lupa juga Little Me. Wah, rasa best pulak. Belakang hotel ni ada perumahan yg agak elit juga lah. Rasa sgt excited sbb sebelum tu tak expect di sandakan mcm tu.



Maryam sesampai je di bilik hotel, terus teruja mencapai apa saja ada atas katil. Boring dah terkurung ja dlm car seat.

malam tu takdak aktiviti, driver pun dh penat. Makku dan Pakku dan putera puteri depa sempat pi jumpa sepupu depa. mama cuma lepak dgn maryam di bilik, sambil suap maryam makan. Wafiy dan babah round2 kat bawah. malam tu kami tidur dgn aman bahgie, esok bangun pagi mandi di tab sambil berdiri. wafiy syoknya mandi air pancur dlm tab..hhihi..berteriak2 dia.

awal pagi esoknya, kami check-out jam 7.45am, sarapan dan meneruskan perjalanan seterusnya ke destinasi yg ditunggu-tunggu..TAWAU!!

No comments:

Post a Comment