Friday, May 22, 2009

.: Hamas, Hamis dan Hamam

Hamas, Hamis dan Hamam bukan lah nama 3 orang sekawan..atau parti politik kat mana2 dlm dunia ni..

Sebenarnya ia adalah perkataan2 yg diperkenalkan oleh anak mama yg suka bercakap ni..(kdg2 dipahami, kdg2..aiyo..bahasa Jerman ke apa??)

Perkataan pertama yg wafiy perkenalkan ialah "HAMASS"

Suatu hari, mama nak suap wafiy makan nasik, mcm biasa wafiy nak makan sendiri. mama warning la, mama ckp "Nasi tu panasss.." Wafiy pun test dgn tgn, sambil tersengih..."hmm..Hamassss"... mama ckp "PANASS....bukan hamas.." Tp, sehingga hari ini artikel ditulis, wafiy masih lagi dgn HAMASnyer... huhu..

Perkataam kedua..Hamis..

Ceritanya, babah buatkan juice anggur untuk wafiy. Wafiy minum dgn straw...sedut punya sedut xberhenti. Wafiy suka minum jus tu. Mama pun cakap kat wafiy "Manisss..." Wafiy pause sekejap..."hmm..hamissss..." pastu wafiy sambung sedut balik. Balik2 "hamisss" yg diulang... Pulak!

Perkataan ke tiga...HAMAM...

Hari tu masa makan kat restoran nasi ayam, babah order air lime juice... wafiy jerit2 nak minum, mama x bagi, mama ckp masam. Pastu wafiy nak jugak. mama pun kasi ler. Dgn muka berkerut wafiy cakap.."erm..hamaaammm..." ngeh ngeh ngeh... tp lepas tu teguk jugak. tiap kali teguk, tiap kali la wafiy ckp "hamaaammm..."

Jd, persamaan antara ketiga2 perkataan tadi ialah, semuanya bermula dgn huruf "H", dan ditengahnya huruf "M".
Ketiga-tiga perkataan itu juga berkaitan dgn deria rasa..

Adakah anak2 anda juga pernah menyebut perkataan2 ini?

1 comment:

  1. hahaha.. wafiy berpenyakit huruf H&M tp nasya duk berpenyakit R.
    klu perkataan ade R mesti susah nak sebut cth telur jd tonnn.. merah jd miah.

    ReplyDelete