Dalam Islam memang jelas diberitahu, seorang lelaki tu, sampai bila-bila pun, dah berbini atau tak berbini, yang nombor 1 selepas Allah dan Rasul ialah ibu. Nabi s.a.w telah menyebut ibu, ibu dan ibu... sampai tiga kali nabi sebut, ibu yang paling utama.
Kita wanita, sebagai isteri, jangan duk perasan sangat suami kita sayang kita. Kalau suami kita lupa diri sayang kat kita sangat, kita sebagai isteri solehah haruslah sedarkan suami kita tu, jangan sampai ibu suami kita berkecil hati.
Kita sebagai wanita harus ingat, syurga kita pada redha suami. Dah tu, kalau suami kita jadi anak derhaka sebab kita, dapat syurga kah kita?
Sebagai isteri juga kita harus sedar di mana tempat kita. Yer...kita tetap tak boleh nak atasi tempat ibu suami kita. Maka, muhasabah lah diri masing-masing.
Suami pula, bukan nak suruh tak sayang isteri. Mesti lah kena sayang isteri, sebab isteri itu lah yang melahirkan zuriat untuk anda jadikan pencen kubur anda. Tapi, kena pandai lah ...anda lelaki jangan sampai hilang harga diri, ikut telunjuk bini.
Di Malaysia (sebab saya hanya tinggal di Malaysia), saya sering jumpa situasi di mana, ibu-ibu kepada anak perempuan agak suka nak conquer menantu lelaki. Asyik nak anak perempuan mereka (bersama menantu lelaki tu) balik rumah mereka aje. Sedangkan dalam Islam, keutamaan seorang anak perempuan itu apabila dia berkahwin ialah suaminya. Dan keutamaan suami pula ialah ibunya.
Sekiranya kita para isteri telah membuat suami kita derhaka pada ibunya, maka tunggu lah esok, apabila anak-anak lelaki kita pula berkahwin. Allah itu Maha Adil.
Cetusan Minda & Hati
when no words can be uttered, silence treats me good,nothing's as good as writing...
Monday, April 15, 2013
Thursday, April 11, 2013
.: Fuhh...lega...
Saya telah menjadi ibu berdikari hampir sebulan lamanya...
Perasaan...hmm...mmg la tak best. Tapi, kebaikannya ialah, saya berdikari la.
Jadi, antara peristiwa yang saya nak kongsi ialah, saya telah sesek kereta orang... sesek?? sesek tu ialah ...hmm..sesek lah...haaa...
Saya tidak mempunyai apa-apa perasaan ketika saya sesek kereta orang itu. Sehinggalah petangnya baru saya mula rasa..."oh, aku dah sesek kereta orang.."
Mungkin kerana ketika kejadian, badan saya masih terlalu penat selepas majlis APC tu. Penat yg amat, selepas 2 hari duk ulang alik ke Serdang naik bas, kul 3.30 pagi lagi bangun siapkan apa patut, sebab bertolak kul 5.00 pagi naik bas poli. Maka, jadual pencernaan, jadual biology saya semuanya ke laut.
Maka, esoknya gi keje, otak pun lemau, mata pun berkantung, dan wajah kusam. Langgar kereta orang pun tak ada feeling.
Hari ini, saya agak gusar... saya tak sabar nak tengok kereta orang yang saya sesek semalam tu. Dan saya rasa sungguh magic sekali kerana kereta beliau tak apa-apa! Fuuuhhh... nasib baik. Kalau tak, apa kata bini dia? dan apa pula kata mak mertua dia? Mak mertua dia masih ada ke?
Apa pun, swift saya masih tetap sexy dan cunnn..
Hari ni, saya masih meneruskan kehidupan seorang ibu berdikari, dengan aman dan selamaaat. Dan gumbira.

Monday, April 8, 2013
.: APC 2012
Saya telah dicalonkan oleh Ketua Program saya untuk Anugerah Bintang Popular..oopss... Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2012. Syukur Alhamdulillah, tahun 2012 telah memberi peluang untuk saya menggenggam anugerah ini setelah 5 tahun berkhidmat dengan Kerajaan.
Bagi saya, tahun 2012 telah saya isi dengan kerja sepenuh hati... sampai tak sempat buka FB. Update blog pun ayat macam tak habis je. Minta maaf kepada kawan-kawan semua kerana saya telah terlepas banyak perkembangan-perkembangan anda. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan bos-bos saya di Sabah yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya membawa ilmu anda semua ditempat baru. Saya berterima kasih kepada bos saya ditempat baru kerana memberi saya peluang untuk melakukan apa yang saya tak pernah tahu saya mampu lakukan.
Saya rasa masih terlalu baru di sini. Jadi, bila dapat APC, saya rasa gembira dan syukur.
Hari ni, saya akan beraptai untuk menerima APC esok. Suami saya datang menemani untuk raptai. Tapi esok beliau terpaksa kembali menyambung kursus persediaan PhD beliau pula.
Para pembaca sekalian, apabila kita mendapat apa-apa kegembiraan daripada Allah, jangan lupa memanjatkan kesyukuran pada Allah. Dan pohonlah agar Allah sentiasa memandu kita dalam urusan kita seharian.

Thursday, April 4, 2013
.: Sedap je kata kat i tak bergaul ....
Ntah ler, mentang-mentang dia kenal semua org, asyik asyik nak kata i ni tak bergaul je. Dulu dia kata i kurung anak-anak kat dlm rumah tak bagi main kat luar.
Hari ni dia kata i kedekut sebab tak nak derma RM50. Amboi.

Tuesday, April 2, 2013
.: Tidak akan mudarat tanpa izin Allah.. berhentilah main sihir.
Makhluk tak akan dapat membuat apa-apa tanpa izin Allah. Percayalah... Allah maha Adil. Apa yang kita buat PASTI mendapat balasan setimpal.
Bila kita berusaha untuk memudaratkan orang lain, dan Allah mengizinkan ia terjadi, maka takutlah kerana dosa sesama manusia hanya terhapus apabila orang tersebut memaafkan.
Sekiranya kita mensihirkan orang lain, kita sebenarnya bersekongkol dengan syaitan, dan kita telah mensyirikkan Allah. Dosa syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat nasuha.
Sekiranya mati tidak sempat bertaubat, maka terima lah balasan yang amat seksa bukan hanya di akhirat, malah akan menanggung sakaratul maut yang amat azab.
Saya menyeru kepada mereka yang pernah main sihir ni, bertaubatlah. Mohon maaf pada mereka yang pernah anda sakiti. Bersihkan lah hati anda. Anda tak akan bahagia pun dengan memudaratkan orang lain. Lebih parah jika sihir itu makan tuan pula. Sihir itu boleh berpatah balik jika org yang anda sihir itu memohon perlindungan Allah.
Kepada mereka yang pernah disihir, bersabar dan tingkatkan amalan. Sentiasa ingat bahawa sihir itu jadi kerana izin Allah. Dengan kehendak Allah jua kita boleh terhindar dari sihir. Bergurulah dengan pengamal perubatan Islam apakah ayat-ayat yang sesuai diamalkan. Mudah-mudahan kita semua beroleh ganjaran dan nikmat kesihatan serta kebahagian dunia dan akhirat. Wallahua'lam.

Tuesday, March 19, 2013
.: Semua orang mampu
Cuma semua orang perlu masa.
Apa saja ujian dari Allah, saya pasti semua orang mampu hadapi. Mungkin dengan masa, kita mampu menghadapi dengan lebih baik.
Apabila ada di antara kita yang diberi ujian dari Allah, sama-sama lah kita dokong dan raikan perasaannya. Dia perlu kan sokongan. Bila dia meluahkan rasa, bukan bermaksud dia give up. Mungkin dia ingin berkongsi. Jangan cepat menghakimi dia sebagai lemah, hanya kerana anda sudah lali dengan bentuk ujian yang sama. Bukan kah bongkak itu sifat syaitan?
Mungkin Allah ingin membuka mata, siapa kawan, dan siapa lawan.

Thursday, March 14, 2013
Are you stressed? So do I.
What happens when you are stressed?
Stress is what you feel when you have to handle more than you are used to. When you are stressed, your body responds as though you are in danger. It makes hormones that speed up your heart, make you breathe faster, and give you a burst of energy. This is called the fight-or-flight stress response.Some stress is normal and even useful. Stress can help if you need to work hard or react quickly. For example, it can help you win a race or finish an important job on time.
But if stress happens too often or lasts too long, it can have bad effects. It can be linked to headaches, an upset stomach, back pain, and trouble sleeping. It can weaken your immune system, making it harder to fight off disease. If you already have a health problem, stress may make it worse. It can make you moody, tense, or depressed. Your relationships may suffer (yes..if u can't stand with it anymore... but sometimes some commitment tied you...u cant escape ), and you may not do well at work or school.
What can you do about stress?
The good news is that you can learn ways to manage stress. To get stress under control:- Find out what is causing stress in your life.--- people!
- Look for ways to reduce the amount of stress in your life.---reduce people??? duh...
- Learn healthy ways to relieve stress or reduce its harmful effects.----dush!dush!
How do you measure your stress level?
Sometimes it is clear where stress is coming from.(yess..very clear) You can count on stress during a major life change such as the death of a loved one, getting married, or having a baby (and having responsibilities, where u hate it). But other times it may not be so clear why you feel stressed.It's important to figure out what causes stress for you (figured out already but cant escape...). Everyone feels and responds to stress differently. Keeping a stress journal may help. Get a notebook, and write down when something makes you feel stressed. Then write how you reacted and what you did to deal with the stress. Keeping a stress journal can help you find out what is causing your stress and how much stress you feel. Then you can take steps to reduce the stress or handle it better.
To find out how stressed you are right now, use this Interactive Tool: What Is Your Stress Level?

How can you avoid stress?
Stress is a fact of life for most people. You may not be able to get rid of stress, but you can look for ways to lower it.You might try some of these ideas:
- Learn better ways to manage your time. You may get more done with less stress if you make a schedule. (what if u are the obly one to follow the schedule and everybody keeps ruining your motivation??) Think about which things are most important, and do those first.
- Find better ways to cope. Look at how you have been dealing with stress. Be honest about what works and what does not. Think about other things that might work better.(everyone should live with my rules...else please leave!)
- Take good care of yourself. Get plenty of rest. Eat well. Don't smoke. Limit how much alcohol you drink.
- Try out new ways of thinking. When you find yourself starting to worry, try to stop the thoughts. Work on letting go of things you cannot change. Learn to say "no."
- Speak up. Not being able to talk about your needs and concerns creates stress and can make negative feelings worse. Assertive communication can help you express how you feel in a thoughtful, tactful way.
- Ask for help. People who have a strong network of family and friends manage stress better.(provided they also live with good life rules)
Wednesday, January 23, 2013
.: Politik... Bila ustad berceramah
Semakin dekat pilihanraya, semakin sengit kempen dilancarkan, secara halus dan secara terangan. Rakyat sedar, mereka yang terlibat dengan politik masing-masing di samping memperjuangkan parti yang semuanya mencanang untuk kebaikan rakyat, pasti mempunyai kepentingan peribadi juga.
Jika mereka berjuang, berkempen agar rakyat memilih mereka semata-mata untuk kepentingan rakyat dan ummah, kenapa perlu ada kata-mengata, fitnah-memfitnah, aib-mengaibkan sesama mereka? Yang paling memalukan, mereka yang berimej ustad-ustad pun turut main kotor.
Jika perjuangan mereka ikhlas, perjuangkanlah apa yang mereka katakan tu. Tak perlu cari aib orang, dan burukkan di khalayak ramai.
Saya ada menonton siri ceramah ustad-ustad.... ada yang sokong kerajaan, ada yang sokong pembangkang. yang benar-benar berceramah dengan akhlak yang terjaga, peribadi yang saya segani, saya tak jumpa. Mungkin kalau ada pun mereka tak glamer dan mengajar di pondok-pondok low-profile. yang glamer-glamer ni yang sibuk duk mencaci orang lain dalam ceramah mereka, dan orang yang dicaci tu ialah orang yang berbeza fahaman politik la. Mengajar ugama 50%, caci 50%. Dalam merendah diri, dia meninggi diri dengan ilmu yang terbatas.
Alangkah bagusnya kalau mereka hanya katakan yang hak sahaja. Kalau nak tegah orang buat yang tak betul, tak payah la bagi contoh secara sinisss...kan???
Monday, January 21, 2013
.: Wafiy dan Maryam di Tadika baru
Alhamdulillah, tahun 2013 telah selamat tiba, dengan rutin kehidupan yang baru bagi kami sekeluarga.
Kini, setelah kira-kira setengah tahun di rumah baru, perumahan baru, kami mula cuba mencari 'life'.
Tahun ni, Maryam dah mula masuk 4 tahun. maka, saya telah daftarkan maryam di Tabika Kemas PSAS, yg terletak dalam kawasan Politeknik tempat saya mengajar. Saya bersyukur kerana hari pertama dan hari-hari berikutnya Maryam mula bertadika, dia dapat menyesuaikan diri. Dari bangun pagi, pakai baju dan kasut ke sekolah, Maryam bersemangat. Dihantar ke pintu tadika, dia juga rileks, walaupun saya nampak wajahnya sedikit gusar, kerana mungkin belum dapat figure out lagi dimana dia perlu locate diri dia. Bila dah dipanggil oleh cikgu, maka dia nampak sedikit lega, dan mula duduk untuk breakfast di sekolah. Lalu ketika itu, saya sudah tidak dihiraukan lagi... maka, berlalu lah saya terus ke tempat kerja setelah selesai proses pendaftaran dan bayar yuran. Begitulah hari pertama yang saya lalui.
Sebelum itu, di kawasan perumahan saya, saya telah selamat menghantar wafiy ke PASTI Al-Mawaddah. Tahun ini, Wafiy mula masuk 6 tahun. Setelah 2 tahun wafiy bertadika di Tadika Kemas PSAS dengan jayanya, kini tibalah masanya dia beralih angin pula belajar ilmu keagamaan pula. 2 tahun di tadika Kemas benar-benar mencapai objektif tadika, iaitu menghasilkan murid yang boleh membaca dan mengira (serta menyanyi). hehehe.... di tadika kemas, syukur wafiy mendapat guru yg berjaya mengajar wafiy sehingga boleh membaca dengan lancar. Wafiy benar-benar lancar di tahap boleh baca sarikata di TV gituh. Saya hanya sedar bila saya dengar dia membaca. (ini bukan bermaksud saya ibu yg tak peka .. tapi saya cuma underestimate jer, saya anggap, takkan la dah boleh baca kot... sebenarnya, budak 4 tahun pun ada yg dah boleh membaca). Bukan setakat membaca, wafiy juga boleh menyanyi dan menari zapin... (:p). TAPI, walaupun boleh membaca rumi, bila disuruh baca Al-Fatihah di muqaddam..oh..tidak. Wafiy hanya hafal. Di usia 5 tahun, wafiy baru Iqra' 3... huhuhuhu..... Maka, it's better late than never, saya daftarkan Wafiy di PASTI Al-Mawaddah, agar tunas Islam ini akan berkembang jadi pepohon mukmin yang soleh, warak dan bertaqwa.
Jadi rutin hidup saya berubah tak banyak pun. Cuma pagi agak sibuk kena siapkan 2 budak tadika. Tapi, saya rasa saya tak perlu bersungut sebab anak-anak saya bukan jenis yg meraung taknak mandi pun. cuma, cerewet sikit. Maryam agak cerewet, baju mesti kemas, nak ikat tocang, nak pakai serkup nak bertudung cantek-cantek. Bawak air dalam botol pink. Oh, mmg princess mama sangat. Wafiy sempoi jer. memandangkan PASTI wafiy cuma kat kawasan perumahan kami saja, dia rileks jer gi PASTI. Turun kereta sendiri dan terus lari ke pintu PASTI. Lalu, kami teruskan perjalanan yg 10 minit tu ke Politeknik pula untuk hantar Maryam di Tadika Kemas yg bersebelahan dengan TASKA Sabrina.
Tengahari, Wafiy meneruskan petangnya di PASTI juga untuk sekolah agama dan Maryam dijemput pengasuh ke Taska...sampai lah saya jemput dia pulang pada jam 5.
Jam 5, saya jemput Maryam dan Sabrina dair Taska, dan balik rumah...singgah di PASTI pula ambil Wafiy. Begitulah rutin setiap hari. Yang pastinya, saya gembira dengan prestasi anak-anak saya setakat ini.

Friday, January 18, 2013
.: Anak-anak kebuluran
Bila pulang dari taska/pasti, anak-anak saya kelihatan agak kebuluran. Saya perlu sediakan biskut/jajan dalam kereta untuk memastikan mereka semua dalam keadaan yg tidak kebuluran sehingga nampak ketar kepala mereka....heh heh heh....
Selalunya, bila saya jemput mereka di taska, mereka kelihatan penat. Saya assume mereka penat main. Bila masuk kereta je, Maryam mintak air, Sabrina menangis-nangis dan merengek supaya saya buka baju...dia nak nenen. Lapar sangat..hingga tak menyempat, baju belum dibuka mulut dah nganga luas. Saya rasa sungguh kasihan.
Pergi pula jemput wafiy di pasti, pun dia sangat lapar. Sampai rumah terus minta air milo. Maryam pula, buka je pintu rumah, terus minta nasi.
Bila ditanya kawan-kawan yg hantar anak-anak kat taska, mereka pun perasan perkara ni. Hmm..persoalannya.... taska tak bagi makan cukup ke? Sekurang-kurangnya, kalau nak lapar pun, biarlah sempat sampai rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)